Kuarantin dan gelang putih
Assalamualaikum..
Kalau awal raya hari tu Ismail Sabri ada buat pengumuman untuk pelajar diberi kebenaran pulang beraya di kampung. Pada masa yang sama, sebenarnya kami as felo di kolej ni faham juga bila diumumkan kebenaran tu. Dimana, inilah masanya untuk suruh pelajar-pelajar menetap terus dirumah jangan balik kolej lagi supaya dapat kurang kapasiti pelajar satu. Keduanya, takut pkp dalam kampus lagi. Banyak hal nak kena handle, nak-nak stress para pelajar. Jadi kebanyakkan pelajar kami nasihatkan untuk tinggal je di rumah. Semester depan mohon balik kolej. Dalam masa yang sama, pelepasan yang menteri keselamatan bagi tu, aku ambil la peluang sekali. Dah 8 bulan kot tak balik kampung. Selalunya 6 bulan je.
Dah puas balik beraya, waktu hari swab test nak balik kampus. Aku dah start rasa tak sedap badan. Malamnya aku rasa panas badan. Tekak perit sangat. Ni tak lain, xbukan berjangkit dari kakak aku. Ia la, dia balik raya hari tu sampai nak cakap pun tak ada suara. Sampai mengigil-gigil. Adik aku pula kerja batuk dan sakit tekak. Lenguh separuh badan katanya. Aku awalnya relax. Tapi hari nak buat swab test semua dah rasa. Hari tu juga kahak pun berdarah. Tapi aku tak selsema atau batuk, hanya sakit tekak, lenguh sebelah badan, hidung panas dan rasa tak sedap badan. Sampai sekarang still rasa yang sama.
Waktu buat swab aku tanda la bahagian simptoms. Waktu swab Dr check la aku lebih sikit sebab aku ada simpton. Check suhu dan tekanan darah. Dr cakap suhu tinggi sikit. Kamu nak ubat? Selesai hari tu dengan ujian aku negetif dan diberi ubat.
Keesokkannya, iaitu hari ini. Naik flight sampai airport Kota Kinabalu, di spotcheck lagi berkaitan simptom aku letak la sakit tekak sebab dia bagi dalam tempoh 14 hari, manakala aku kemarin sakit tekak. Selepas dicheck-check semua, ingatkan dapat lepas. Kemudian, staf-staf yang menjaga di airport senyum pada aku. Adik kamu kena kuarantin. Hah??? Terkejut aku, hai sudah la. Bag aku sebenarnya penuh dengan makanan dan benda-benda study aku je. Sampel pun aku bawa balik weh, sebab takut pkp. semut-semut semua ada dengan aku. Dari tawau ke kk ke kedah dan balik kk semula. Berjalan dorang dengan aku. Kalau sv aku cakap aku tak bersungguh dalam study ni tak tau la nak cakap apa lagi. Baju aku hanya sepasang je dalam bag, tu pun baju yang baru beli dari rumah. Satu hal.
Nasib baik la geng-geng felo blok aku sporting, minta la tolong dengan Sir Acuk dan Yana. Hantarkan baju aku kesini. Syukur juga ada kawan-kawan felo. Alhamdulillah, walaupun aku disini diuji dengan macam-macam benda. Tapi dalam masa yang sama, diberi kemudahan kawan-kawan yang senang membantu, walaupun kekadang pening juga. Jadi diorang la hantar pakaian, makanan dan alat cucian aku ke sini. Sekarang duduk la aku disini dengan pokok-pokok yang aku bawa balik dan kuih-kuih raya. Target aku sepanjang 10 hari kuarantin. Aku harap aku dapat selesaikan kerja-kerja penulisan aku yang tertangguh.
p/s : tadi dapat call dari akak-akak APM, cadar, kain batik dan selimut yang aku guna tu terus bawa balik katanya tidak la mereka mencucinya lagi. Oh, TQ kerajaan wilayah Sabah. Dah banyak sumbangan dari mereka dah aku dapat sepanjang covid ni. Bantuan bakul makanan la, duit tangan la, kali ni kali dengan cadar semua. Terima kasih. Hai si gelang putih, harap dapat guna tempoh kurantin ni dengan menulis sepenuhnya. Nanti aku cerita berkaitan prasarana kuarantin disini. Bagi aku lengkap dan bersyukur. #ujiantuadahikmah
20052021 0049
Pusat Kuarantin
Kastam, Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.
Boring kena kuarantin, siapkan chapter 3 thesis

Comments
Post a Comment