Kualiti atau kuantiti
Sekarang aku tengah buat thesis chapter 2, literature review. Chapter 1 and 3 aku dah hantar.. tinggal chapter 2 lagi belum hantar sebelum aku proceed semula dengan data semut aku. Sebenarnya aku rindu dengan pensyarah-pensyarah UPM. Aku ingat lagi sv-sv aku dulu cakap, menulis kamu jangan fikir nak tulis panjang-panjang je, pastikan penulisan kamu tu ada point, biar ringkas tapi padat. Benda tak perlu, tak payah kamu masukkan. Pening pemeriksa nak baca. Mengadap tulisan panjang-panjang pening dia. Bukan kerja dia mengadap thesis kamu ja. Banyak lagi kerja lain dia kena buat. Tanda kertas periksa pelajar, buat paper kajian dia sendiri dan sebagainya. Pernah juga aku dengar penceramah tips penulisan thesis kot. Dia pun pernah cakap benda yang sama. Katanya dah la dapat thesis kadang-kadang bulan puasa, panas terik. Tengok pula thesis pelajar cerita panjang tapi belum masuk point kajian rasa macam sia-sia je puasa hari tu. Kadang-kadang malam-malam sebelum tidur mengadap thesis pelaj...