Posts

Showing posts from November, 2021

Kebun sayur sis

Image
Assalamualaikum.. Dengar kata sayur bakal naik harga? Sis buat masa ni alhamdulillah. Sejak pindah blok hasil sayur-sayur sis semakin memberangsangkan. Bak kata orang lepas hujan muncul pelangi, macam tu la situasi sis. Waktu sibuk-sibuk pindah barang hari tu memang terabai la pokok-pokok tanaman sis. Diorang paling last kena angkut. Berapa hari tak bersiram. Nak tengok pokok-pokok pun rasa macam tak sempat. Mana sempat kena hujan nasib la, kena juga air. Mana yang tak kena hujan, layu macam tu la. Ada hari sis rajin, pergi la juga gagah panjat blok sebelah siram-siram pokok sambil angkat lagi pokok-pokok berbaki pindah. Majoriti semua layu-layu sudah. Sekarang semuanya dah dipindahkan depan mata sis. Mana yang dua tiga pasu pokok sama tu sis dermakan je la pada siapa-siapa yang nak macam pokok tomato dan daun sup. Itupun ada lagi satu pokok daun sup, satu pasu pokok tomato, satu pasu pokok tembikai susu dan sepasu pokok cili belum pindahkan ke sini lagi. Tembikai susu tu dah ada ...

Acer swift 5 : Setahun lebih penggunaan

Image
Assalamualaikum, Kemarin aku scroll instagram, nampak faiz dicky promote acer swift 5 terbaru. Kali ni berwarna hijau dengan antimicrobial solution. Wow sangat. Aku dah la peminat warna hijau kan. Terus aku buka web acer tengok apa design baru yang acer bawa untuk laptop swift kali ni. Aku adalah pengguna acer tegar. Sejak laptop kedua aku mampu bertahan sehingga sekarang. Jadi untuk laptop ketiga aku pun, aku tetap beli acer juga. Cumanya upgrade sikit dari acer aspire ke acer swift sebab lebih ringan dan senang bawa kemana-mana. Sebelum aku bercerita berkaitan pengalaman aku dengan acer swift 5 (2020) aku, jom kita tengok apa performance terbaru yang best berkaitan acer swift 5 (2021). Korang buka la utube tengok sendiri apa yang dipromosikan berkaitan acer swift terlatest. Malas aku nak ulas. Tengok la intro, bila punya aku tulis. Malam ni 13 Nov baru aku post. Faiz dicky promote acer tu ntah bila mana sudah... Berdasarkan pengalaman aku menggunakan acer swift 5, aku bermin...

Bilik konsep loteng

Image
Assalamualikum.. Untuk makluman kawan-kawan blogger, aku sebenarnya dah berpindah rumah. Walaupun aku berpindah rumah tapi aku masih dalam status felo pelajar, tapi kali ni aku dipindahkan ke blok lain. Dimana pada blok ni, kurang sikit la bebanan kerja aku dalam blok. Sebabnya kali ni satu rumah dah ada tiga orang felo dan satu blok ada empat orang felo. Jadi bebanan kerja semakin kurang kalau dibandingkan sebelumnya satu rumah 2 orang felo dan satu blok 3 orang felo termasuk felo staf jadi bebanan kerja tu banyak juga jatuh pada aku. Sakit kepala masa tu. Alhamdulillah sekarang bertambah ok, walaupun awalnya tak suka sebab banyak benda kena pindah. Barang lagi, pokok-pokok lagi. Sekarang dah rasa ok la, walaupun ada juga part-part yang tak selesa. Biasa la kan lumrah hidup. suasana rumah baru.. Aku tak pasti sebelum ni aku ada post atau tak gambar bilik aku di blok lama. Bilik aku sebelum ni adalah master bedroom jadi besar sikit. View blok dulu pun sebenarnya tengah-tengah an...

IPHONE 11

Image
Assalamualikum.. Lama tak bercerita malam ni datang singgah jap. Nak cerita tentang phone tapi konflik semasa jap. Minggu ni aku rancang nak start analisis data phd aku. Aku baru habis id semut-semut aku. Bulan lepas semut dengan kemasukan student kolej, so bajet minggu ni boleh fokus dengan aku punya study la. Isu-isu dalam kolej buat aku tak selasa, jadi aku nak habiskan phd ni cepat-cepat dan nyah dari sini. Tapi walaupun aku try avoid isu-isu dalam kolej, bala dia sentiasa ada. Tetiba geng rumah aku kena pindah blok sebab beberapa isu dari felo blok aku. Menyakitkan hati rasa, dalam masa yang sama rasa tak da mood dah dengan pengurusan kolej ni. Bila kau dah mula rasa serasi dengan ajk-ajk blok sendiri, student-student blok sendiri. Tiba-tiba dapat notis kena pindah blok terus rasa macam, hah! Hari yang memenatkan. Korang paham ke cerita aku ni. Kalau tak faham pun buat-buat paham je. Sebab aku saja nak luah untuk senangkan hati sendiri. Ringkasan cerita atas tu. Esok aku kena p...