Jadi detective hati jap.

Assalamualikum..

Sorry.. walaupun dah masuk 2023 tapi tetap buat perkara yang tak berfaedah macam ni. Patutnya pergi semak thesis betulkan apa yang tak betul lengkapkan apa yang tak lengkap, bulan dua nanti dah nak kena hantar kan. Tapi hati ni masih ada hati nak mengarut, fikir tentang hati dan sebagainya. Tolong. Tolong bagi ruang kejap untuk aku lepaskan persoalan yang ada sebelum aku fokus semula pada thesis aku. Aku tahu benda ni agak sia-sia tapi aku nak fikir juga. Mungkin boleh jadi idea buat siapa penulis novel cinta lepas ni.

Aku sebenarnya malas nak ada perasaan -perasaan ni. Aku berserah je pada takdir tuhan. Namun dalam berserah aku sentiasa doakan ciri-ciri suami yang aku impikan. Suami yang bertanggungjawab, penyayang, bagus agamanya, berpendidikan, jaga iman, jaga amal, bekerjaya dan menjadi sahabatku baik dalam agama, kerjaya, dunia dan akhirat.Sama-sama berusaha yang terbaik untuk keluarga. Itu yang aku inginkan. Bila doa macam tu dan yakin dengan takdir tuhan. Kau jadi tak mengelabah biawak nak fikir tentang jodoh walaupun umur kau dah masuk 34 tahun dah, tahun ni. Ini la ni bila keluar no tu jadi takut. Hahahaha. Biawak dah datang bawa gelabahnya. So terpaksa buka kertas siasatan.

Aku tau jemah tak suka aku pun. Tapi tetap nak buka kertas siasatan hati jemah. Sebab curiousity aku tinggi.

Tindakan yang buat aku tertanya-tanya
1. Lama juga dia follow cerita aku ni. Dari 2019 hingga sekarang. (Ini sebab dia aktif semua sosial media)
2. Suka betul like post dari dulu sampai skrg (Conclusion lepas penyiasatan : rupanya dia mmg jenis like semua post kawan-kawan. Sebab aku check kawan-kawan lain juga byk like dari dia. Dulu pun kawan-kawan pernah pesan pada aku jangan kedekut like sangat. Tapi jenis aku, aku like apa yang aku suka je la kan..)
3. Banyak betul kawan perempuan dia.
4. Siapa perempuan dalam hati dia sebenarnya yang dia selalu post berkaitan cuka la, PM la, tangkap rama-rama la and the last one kopi. Siapakah perempuan itu? aku kenal? tak kenal..(tapi aku rasa aku tak kenal sebab dia banyak kawan perempuan.. banyak betul weh atau sebenarnya perempuan tu wujud atau tak?)
5. Dia buat gelak yang sampai 5 hahahahaha buat aku curius panjang benar. Ada maksud ni.. aku perasan untuk beberapa pertanyaan ja yang ada haha yang panjang macam tu.. lepas aku komen pm, rama-rama tu la...
6. Cuka, PM, rama-rama dan kopi ni, bila aku ingat-ingat balik ayat dia. Dia macam dah ada seseorang yang dia suka, tapi dia tak pasti orang tu suka dia atau tak. Sebab cuka - saya cuka awak, awak cuka saya?, PM - (pm pun aku tak ingat detail), rama-rama (aku tak ingat ayat dia -tapi macam tangkap macam tu la), Kopi- awak suka kopi? Tak de yang boleh kopi mcm awak.. (something like that la).
7. Dia ni macam mengelabah untuk sesuatu hal. Tapi aku tak pasti. Sifat asal atau nervous sesuatu. Tak pasti


Kenapa aku cakap jemah tak suka aku.
1. Waktu first time jumpa haritu dia banyak tengok jam waktu aku sedang bercerita. (Kuat tanda reject)
2. Ajakan pertama aku dah kena penolakan dan tak ada terus ajakkan dari dia lagi. (Logiknya lelaki klu suka perempuan sentiasa nk dekat dengan perempuan tu)
3. Aku mesej lambat-lambat dia reply especially whatsapp dan kadang-kadang ada yang dia tak reply langsung.(walaupun aku pernah kena ayat mcm dari seseorang - "ingat kami lelaki ni mengadap phone je 24 jam." Tapi aku tetap rasa, kalau kau suka sesuatu, effort atau perhatian kau masih lebih punya kan?)
4. Instastory aku pun lambat-lambat dia tengok. Kalau orang tu suka, dia sentiasa tertanya-tanya apa org yg dia suka tu buat sekarang dan cepat-cepat nak tengok instastory dia tanpa skip. Aku kena skip ok. Kekadang
Ini antara rejection la kan..


Sekarang, kenapa aku consider untuk terima dia dalam hidup aku. Kalau dia ada hati pada aku.
1. Pertama aku tengok dia ada sikap memimpin. Aku tak kenal dia secara keseluruhan. Tapi pernah join beberapa aktiviti dengan dia, aku tengok dia ada sikap memimpin tu tapi tu la mulut dia pun rabung ( byk cakap)- secara pandangan kasar.
2. Family oriented. Aku nampak dia post dia bawa ayah dia pergi hospital teman mak dia, jaga anak-anak buah dia. Maksudnya dia mampu menjaga keluarga. Itu yang aku harapkan. Suka budak-budak. Boleh jaga anak.
3. Dia dah habis phd dengan jayanya dan cari kerjaya yang stabil walaupun jauh. Maksudnya dia berusaha yang terbaik untuk baiki kualiti hidup dia. Tak putus asa separuh jalan dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Dia tahu hala tuju hidup dia.
4. Agama tak pasti. Tapi selalu buat program keagamaan dan solat jumaat. Maksudnya ok la tu.


Apa kemusykilan aku kalau jadi pasangan hidup dia?
1. Aku tahu macam mana mulut dia, dia mampu tak control mulut dia untuk aku dan aku mampu tak untuk bertahan dengan mulut dia.
2. Banyak betul kawan perempuan dia. Tak pasti la mampu buat biasa atau macam mana. ( Risau, diri sendiri dan masa depan)
3. Dia extravort aku introvert. Itu la macam hari tu. Kalau dia ajak aku jumpa orang yang buat aku kekok. Aku akan elak dan dia akan terasa hati ataupun dia akan rasa aku tak respect dengan social circle dia. Itu mungkin jadi problem juga.

Itu la persoalan-persoalan aku sebagai detective. Hai thesis sendiri tak boleh pula nak listkan macam ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..