Rutin aku sekarang sem 9 2023

Assalamualikum..

Aku rasa sebab aku terbiasa dengan blog, sekarang semua aku nak luahkan di ig sama macam blog. Apa la orang sekeliling pikirkan. Blog tak kenal dan tak semestinya orang baca jadi tak kisah sangat.

Berbalik pada cerita rutin aku sekarang. Dulu aku fokus, kolej dan study aku je. Sekarang dah tambah lagi satu kerja iaitu mengajar tusyen. Demi meneruskan kelangsungan hidup dan tidak menyusahkan mak. Haruslah mencari kerja untuk menampung diri sendiri. Alhamdulillah dapat kerja tuisyen atas pertolongan kawan felo kolej.

Sekarang rutin malam weekend kena baca note untuk subjek aku mengajar. Kalau tidak rasa apa-apa je aku mengajar budak-budak tu kesian juga. Jadi baca la note dulu. Sekarang kena pandai imbangkan masa antara study aku dengan pengajaran. Sebab aku dah di semester akhir dah tak mampu nak bayar. Macam manapun sem ni kena hantar juga semua kerja.

Sekian dulu buat masa ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...