Hajat kebendaan

Assalamualikum..

Bila ada banyak kerja time tu la akan banyak idea untuk tulis mengarut. So hari ini aku dah post 2 entry. Rajin kan. Padahal malam ni ada kelas biologi tingkatan 5 slide diorang pun aku siapkan. Bukan nak buat kerja tu kan tapi datang mengaut juga di sini.

First aku nak say 'Hi' buat lima orang yang dah baca entry aku tadi.. bagi komen sikit say hi...

Aku nak tulis entry ni dengan harapan cita-cita aku tercapai. Apa wish aku tahun baru haritu. Jap kita check semula sini. Hanya untuk menjadi pensyarah dan pendidik berguna.Moga tercapai cita-cita itu.

Actually ini permintaan dan hajat kebendaan sikit. Kalau korang baca cerita laptop aku korang akan tahu kenapa aku ada hajat ini. Sekarang bubble dia semakin teruk sampai mengelupas kulit luar. Sistem dalaman masih ok cumanya untuk microsoft word, kadang aku dah tulis habis ayat dah. Tapi tulisan ayat masih belum habis. Lambat dan kadang-kadang hang. Kita dah la sibuk buat kerja kan.

Disebabkan isu tu aku decide one day kalau aku ada duit lebih-lebih aku nak beli macbook. Biar sama semua ekosistem. Boleh tengok sini untuk review iphone dan ipad. Tiga tahun aku pakai aku puas hati kedu-duanya.Laptop aku sekarang harga dia waktu beli lebih kurang harga macbook cuma tambah lagi tiga ratus. Rm3k++ tapi disebabkan aku belum biasa dengan ekosistem apple dan memikirkan laptop ni include sekali microsoft jadi aku beli dengan harga tersebut walaupun pinjam duit ak dulu. Design acer swift 5 sangat cantik dan harga sekarang pun lagi mahal dari dulu. Sudah mencecah RM4K++. Tapi dengan kualiti material macam ni. Tak gunalah walaupun ringan. Sakit hati tambahan lagi cepat panas.



Macbook 13 inci M3 hope one day dapat berjaya beli dan tak jadi masalah untuk aku.

Next I want new car. Alhamdulillah hajat aku dulu-dulu untuk ada kereta sendiri berjaya. Mau kereta. Dapat juga kereta myvi first generation lagi cumanya bukan warna merah tapi hitam. Dan no plat dia aku suka yang mana menyatakan situasi aku sekarang.



Tapi dengan situasi dia mak aku tak bagi bawa balik sebab kos yang tinggi untuk kereta lama. Aku suruh aku beli baru je. Tapi kalau betul beli baru, no plat kereta tu aku akan bawa ke kereta baru yang mana aku tak akan lupa my blacky ni. Namun pengantinya ku akan cari siputih pula. Maybe ativa atau yaris ja.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..