KAKAK

Assalamualaikum...

Post harini aku nak bercerita berkaitan kakak aku. Sebelum ni aku pernah cerita berkaitan ayah, abang dan kali ni aku nak bercerita berkaitan kakak. Disebabkan aku anak ketiga daripada lima beradik aku hanya ada sorang abang dan sorang kakak. Aku datang ni pun sebab aku teringat pengorbanan dia waktu kecil dulu dan disebabkan kecomelan anak pasangan akak klate tu kawen dengan orang German. Anak dia dua-dua perempuan dan tak berhenti bercerita antara satu sama lain. Begitu la aku dengan kakak aku dulu kecil-kecil. Bayangkan setiap malam kena marah dengan ayah sebab banyak betul bed time story . Patu ayah tegur dari bilik sebelah " Tidur la esok sekolah" sebab ruang bilik kami dan bilik mak ayah ada ruang sikit yang boleh dengar kalau berborak.

Kalau bercerita berkaitan waktu kecil dulu atau zaman kanak-kanak, sebenarnya aku banyak menghabiskan masa dengan dia. Mak dengan ayah busy kerja. Cari duit dengan pelbagai cara, motong getah, buat sawah padi, jual kuih dan macam-macam la seingat aku. Dan benda-benda nie semua kami terlibat sebagai anak yang teratas. Abang paling jauh sekali. Kalau ayah cakap esok kita buat sekian,sekian, sekian, petang tu dah dia lari balik rumah tok. Jadi dia tak pernah terlibat dalam pahit getir yang mak ayah lalui. Adik-adik aku yang lain aku rasa masih kecil untuk diorang faham dan berkongsi cerita dengan kami berdua, jadi kakak la tempat aku berkongsi cerita. Tapi kami enjoy ja tolong mak dan ayah. Dan aku pun sebenarnya kaki mengelak juga sama macam abang tapi tak boleh lari. Nak tak nak kena buat. Kakak paling willing untuk ikut pada apa-apa keadaan pun bantu mak ayah tanpa mengeluh.

Kakak anak yang paling tak banyak membantah. Apa yang mak suruh dia akan buat. Aku waktu kecil paling kuat rebel, paling malas, dan selalu kena marah dengan nenek. Dan kakak la orang yang selalu nasihatkan aku. Dulu kalau mak bagi kasih sayang lebih pada kakak aku rasa macam dia tak patut dapat. Aku rasa aku yang patut dapat tu la sebab kuat rebel. Dan itu sebab juga kakak selalu cakap aku ada sindrom anak kedua, kuat jeles. Merujuk kepada buku psikologi yang dia selalu baca. Dia suka membaca, dia bercita-cita tinggi. Cita-cita dia nak jadi Doktor perubatan. So tempias dia juga la aku cakap aku pun nak jadi Dr tapi bukan perubatan sebab aku tak suka darah. Aku nak jadi Dr Phd tak kisah apa-apa bidang. Alhamdulillah hampir sudah. Sikit lagi. Dia walaupun bukan Dr, tapi masih dalam bidang yang sama dalam perubatan cumanya membantu Dr iaitu jururawat. Aku setiasa doakan moga dipermudahkan urusan dia. Tahun ni dia melanjutkan pelajaran untuk jadi ketua jururawat. Moga dipermudahkan urusan kakak. Cita-cita dia yang tinggi sebenarnya jadi tempias untuk aku. Untuk masuk aliran sains untuk jadi yang terbaik, untuk ada rumah sendiri untuk ada kenderaan sendiri. Alhamdulillah semua tu dia dapat. Walaupun suami dia suruh jual rumah yang dia beli tu, sebab tak duduk. Dia cakap tak pa, dia beli nak bagi mak duduk. Dan rumah tu mak duduk sampai sekarang. Cumanya dia terkilan sebab katanya ayah tak sempat rasa. Time dia deko rumah ayah dah start sakit-sakit memang sempat melawat rumah, sempat pun dia tiga kali je. Kalau dulu aku kuat jeles dengan dia , sekarang aku bangga dengan dia. Sebab berjaya capai semua cita-cita dia impikan waktu kecil, apa yang dia cakap dengan aku. Moga kakak berjaya dunia akhirat dan dimurahkan rezeki selalu sebab berusaha bahagiakan mak dan ayah.

Back pada waktu kecil dulu, dia tempat aku berkongsi cerita. Lepas dia sambung belajar ke kolej jururawat aku rasa sunyi. Adik aku perangai dia lain sikit. Tak ngam dengan aku. Kalau aku kuat rebel, adik aku 2,3 kali ganda kuat rebel. Aku tak boleh masuk. Adik aku paling kecil lagi satu, jarak 9 tahun dengan aku. Life dia nak faham aku tu pun jauh. Aku lebih kepada menyakat kakak aku tau. Sebab nak kakak aku fokus pada aku. Biasa la dah membesar sekali. Dia je yang melayan waktu kecil dulu. Tu sebab la kakak aku cakap aku punya perangai anak kedua punya style bukan anak ketiga. Anak ketiga suka buat hal sendiri. Mungkin aku terbawa perangai anak ketiga lepas dia sambung belajar. Balik sekolah aku rasa senyi sebab tak ada orang nak borak dengan aku. Mak aku busy, nak cerita dengan mak dulu pun jarang juga sebab mak garang. Jadi aku banyak sendiri-sendiri. Itu sebab sampai sekarang pun selesa sendiri sebab dah terbiasa. Aku fokus la apa aktiviti yang aku nak buat. Itu juga aku rasa jadi aku ni ambivert. Aku senyap, kalau ada orang yang sebulu aku terus jadi extravort sebab habit sebenar memang suka bercerita. Cuma perlu orang yang sebulu.

Begitu la serba sedikit tentang aku dan kakak. Secara konklusinya, cita-cita aku hari ni adalah tempias dia yang kecil yang membawa aku hari ni. Tak salah untuk didik anak-anak sulung yang bercita-cita besar, sebab dioranglah yang akan membawa adik-adik untuk berjaya akan datang secara tak langsung. Kadang aku terfikir juga, aku pula bukan kakak yang terbaik untuk bawa adik bawah aku jadi yang terbaik macam mana kakak aku bawa aku jadikan aku hari ini. Tapi bila aku fikirkan semula. Tidak, semua tu tak benar. Tuhan cipta adik beradik tu dengan keistimewaan masing-masing. Aku try juga untuk mohon adik aku masuk kolej dapat diploma untuk bagi hidup dia yang lebih stabil. Tapi rezeki dan pilihan dia memang itu. Dia direzekikan bukan macam kami untuk bercita-cita tinggi. Dia nak yang santai-santai masuk duit tapi dapat jaga ayah yang sakit hingga hujung hayat ayah. Dia anak yang paling kuat rebel tapi dapat duduk dengan mak walaupun dah berkahwin. Itu rezeki iaitu jaga mak. Masya Allah. Rezeki orang berbeza-beza.

Moga dengan rezeki aku akan datang dapat bantu mak dan yang lain-lain dengan cara masing-masing juga. Aaamiiin.

Kolej Kediaman
BLOK A1

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..