Temuduga pensyarah

Assalamualaikum..

Hi tiga orang yang baca post aku tadi. Aku harap tuhan hilangkan fikiran-fikiran negetif aku pada keluarga aku. Moga aku kuat dengan cita-cita aku dan teruskan usaha aku hingga dapat. Moga cepatlah doa aku termakbul untuk aku dapat kerja sebagai pensyarah.

Sekarang aku masih di uni aku. Di negeri bawah bayu. Bulan lepas aku dapat panggilan iv sebagai penyarah di universiti aku dulu. Co-sv aku masa aku master dulu dah naik sebagai ketua jabatan dan kebetulan aku dah settle viva semua aku hantar resume aku pada dia kebetulan ada kekosongan di fakulti lama aku tapi bukan bidang aku belajar sekarang la. Jadi aku just cuba nasib bila di panggil untuk turun interview di universiti lama aku. Jadi aku turun la. Kebetulan juga aku nak belajar analisis dengan sv lama aku jadi aku stay sana seminggu. Cuti sem lagi so aku decide menyewa je kolej memudahkan aku bergerak ulang alik kolej fakulti sepanjang seminggu disana. Begitu la secara ringkas aku punya intinery perjalanan seminggu back semula ke universiti lama aku. Sehari bayar RM15 untuk bilik aircond ok la kan.

Bercerita berkaitan persediaan interview. Aku boleh cerita berkaitan peringkat pertama je la. Sebab ada sesetengah universiti ada tiga peringkat interview iaitu pertama peeingkat jabatan, kedua peringkat fakulti atau dekan dan ketiga peringkat universiti jadi bawah hep. Aku sekarang peringkat pertama pun dah tergagap-gagap.

Persediaan awal sebelum interview
i) upload semua paper kajian dalam website scopus dan google scholar.
So kalau belum ada account untuk web tu buat la senang nak isi resume nanti. Kalau dah ada attach terus je web tu dalam resume.
ii) prepare slide presentation / mengajar.
Ini aku disuruh masukkan slide mengajar tu dengan gambar-gambar aktiviti yang pernah kita lalui sepanjang belajar supaya pelajar teruja dengan suasana pembelajaran tu. Maksudnya gambar-gambar tu berdasarkan pengalaman kita. Selitkan juga kuiz dan interaksi antara pelajar.

Ini berkaitan persediaan awal. Untuk soalan-soalan temu duga dia tak kurang banyak berkaitan dengan thesis kau dulu. Tapi kali ni berkaitan dengan life kau sebagai student dan macam mana kau handle kerja nanti sebagai penyarah.

i) Tahu skop kerja pensyarah.
Pensyarah buka saja terlibat dalam pengajaran tapi juga dalam pentadbiran dan penyelidikan . Selain itu kena terlibat dengan komuniti setempat macam mana nak balance 4 scope kerja dalam satu masa. Pendidik, pentadbiran, penyelidik dan khidmat komuniti.
ii)Apa struggle kamu sepanjang phd ni macam mana kamu handle struggle tu? Struggle aku banyak dengan sv pindah pergi London aku terkontang kanting sini sorang, persekitaran balance kan aktiviti kolej dan pembelajaran dan part time tuisyen lagi, keluarga dan kawan-kawan, keluarga yang tak habis-habis push bila nak habis study, bila nak ada kerja sendiri duit sendiri itu paling tertekan. Tengok kawan-kawan lain dah ada keluarga sendiri kerja tetap aset sendiri sapa tak jeles.
iii)kerja kajian.
Ada paper high impact ke tidak? macam mana nak dapatkan paper high impact.
iv) Ceritakan tentang kajian phd
v) Apa subjek yang nak mengajar kenapa pilih subjek tersebut. Itu je la yang aku ingat. good luck buat sapa yang tengah berusaha buat masa ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..