Barang yang lepas jangan di kenang
Assalamualikum.. Aku tak tahu sebenarnya macam mana nak sampaikan pada kawan aku untuk dia lupakan je la benda lama-lama. Ada benda yang boleh di ingat dan ada benda yang biarkan je la berlalu jadi kenangan. Terlalu mengimbau pun kadang benda tu merimaskan dan boleh jadi toksik pada diri. Bagi aku masa lalu adalah masa lalu. Masa sekarang yang perlu kita hargai dan jadikannya lebih baik kedepannya. Tapi bila aku cakap, dia salah tafsir. Kata aku terasa dengan orang sebagainya. Bagi aku hidup kita ibarat drama atau novel bagi yang baca novel dan tengok drama. Setiap perjalanan hidup kita ada chapter dan topik yang tersendiri. Aku boring la jenis baca novel yang banyak flashback tu. Dah jalan ke depan, sekali pandang balik belakang. Bila nak habis jalan cerita. Aku nak novel atau drama yang jalan terus untuk kita tau ending. Kalau ada flashback pun mungkin untuk kita faham jalan cerita sikit-sikit supaya boleh betulkan jalan cerita di hadapan. Itu je aku mahu. Mungkin boleh la sikit ...