Salam dari Sabah

 Assalamualikum..

Balik dari Singapura haritu singgah rumah jap. Mak ajak jalan langkawi. Khamis dari Singapore turun Penang terus pecut balik kampung dengan adik. Dia pun ambil cuti jumaat. Jumaat rehat jap cuci baju semua sabtu mak ajak pergi langkawi. Tinggal di langkawi 1 malam ahad balik ambil beg terus balik ke sabah balik. Nak jadi cerita sampai langkawi tiket feri esoknya tiada untuk balik kuala perlis sebab kami naik dari kuala perlis. Terpaksa turun kuala kedah, ambil grab balik rumah. Naik kereta ke kuala perlis dan dari kuala perlis terus pecut ke penang. Sampai airport nama dah kena panggil dah untuk boarding. Sebab lambat nasib sempat. Isnin masuk kerja macam biasa. Balik rumah macam tongkang sebab masing2 tiada di rumah sepanjang seminggu tu. Terus aku rasa bad mood dengan housemate semua. Macam tiada macam tak ada tindakan kalau tak disuruh. Ada yang disuruh pun masih beralasan. Malas aku. So minggu ni pun kerja busy sangat. Bos balik-balik panggil. Paper kajian aku masih ada 2 paper masih dalam proses belum hantar ke journal. Haish. Pokai masih sama. Lumrah hidup. Nak tengok kerja aku di Singapore. Nah aku share.

 
tak tau kenapa gambar lain xdapat upload..

Comments

Popular posts from this blog

::course perhutanan.. jom kenal::

Kinohimitsu review..

Next Dream