kembali ke kampus

assalamuaikum... dan selamat berpuasa enam.. uhhuu~~

alhamdulillah... kini aku selamat kembali ke kampus.. bukan selepas habis cuti raya yerk.. tapi selepas habis buat amali dendrologi di Gunung Jerai, Kedah...

kalau sebelum-sebelum nie ak pernah ceritakan mengenai amali  ak dalam hutan untuk tangkap haiwan atau wild life.. kali nie ak nak ceritakan perkara basic yang perlu dilakukan oleh budak-budak perhutanan nie... iaitu pengecaman spesies pokok...

x sampai seminggu beraya  kami bdk2 fak. hutan nie dah terpaksa balik kampus.. untuk jalankan kewajipan sebagai seorang student hutan.. kena pergi field untuk collect spesimen untuk tugasan herbarium.. memang masing2 tyme tue smua frust giler la.. x habis cuti agi dah balik upm then turun field di Kedah.. tapi terkecuali la ak cz ak memang budak kedah... ak guna la kemudahan yang ad .. terus g field jew... x yah balik upm.. hihhi~~~ bagus x aku...

ktorg tinggal di sana selama 4 hari iaitu dari hari khamis hingga ahad... di tiga lokasi iaitu di Sg. Merbok, Gg. Jerai dan Pantai Merdeka... spesimen yang ktorang kena catat bukan la sikit... 88 spesies pokok perlu dikenalpasti..  memang agak penat.. kategori tumbuhan tue pula mengikut habitat dier iaitu mangrove, montane, hill and lowland... smua spesies nie kami perlu kenalpasti dalam masa 3 hari di sana...

hari pertama amali dijalankan... biasa awal2 semua masih bersemangat.. tapi biler dah tengah hari.. hanya tuhan saja yang tahu.. 26 spesies ktorg kena kenalpasti.. smua pokok buka la dekat2.. bapak jauh giler.. dari bahagian tepi sg. merbok shingga sebarang sana sg. merbok ktorg kena jalan cari spesiemen.. tengah2 panah terik... mamang giler hari tue.. gerai2 yang jual air hari tue memang tutup awal smua sebab laku.. abis smua budak upm borong... sangat la dahaga berjalan tgh2 panas terik cam tue...muka dan tangan x yah cakap la.. sun burn giler.. berbelang nyer..


perjalanan ke seberang Sg. Merbok.. menggunakan jalan raya.. sangat penat di tengah2 panas terik nie..
sempat jew diorg posing...


selepas selesai mengutip spesimen dan mengenalpasti spesies pokok yg terdapat di Sg. Merbok... perjalanan yang seterusnya adalah di Pantai Merdeka untuk membuat pengecaman spesies yang terdapat di Hutan pantai... tapi sekejap seja duduk di sana.. Hujan jadi penyelamat kmi... uhuhu~~ memang penat giler tyme tue... rasa cam nak blik rehat jew.. nasib baek la hujan.. jadi x sampat la nak detect mana2 pokok kat pantai merdeka... malam nyer ada kuiz pengecaman .. memang hempeh.. dah balik penat2 kumpul spesimen.. sampai bilik kul 8... dah siap press smua daun.. kena buat pengecaman lak malam tue.. memang hempeh giler la satu pun susah ak nak ingat sebab letih sangat..

nie lah gaya2 ktorg kumpul spesimen..

kalau spesieman bentuk buah akan dibalut macam nie untuk dikeringkan...

 contoh spesiemen yang dikutip.. akan ditagkan dan dicatat..

 hari ketiga la.. naik Gg. Jerai.. untuk montane n hill kali nie panjat gunung lak..(aik~ panjat kew???.. uhuhu)
cuaca pun berubah kali nie.. sedap sikit naik gunung.. sejuk .. x de la buat keja tengah panas agi... dari ketinggian 1200km.. ktorg berjalan sehingga keatas puncak.. memang best sebab merasai kesejukan di aras gunung... penat memang penat tapi x seteruk amali di ditengah panas terik.. walaupun perjalanan jauh tapi tetap rasa selesa... sesampai jew kat puncak... sempat gak makan n berehat.. tapi x sampai beberapa jam kami di atas hujan turun dengan lebat.. hahaha~~ kali nie jangan mimpi amali batal... apa2 pun amali tetap diteruskan sebabnya nak x nak kami tetap berbasah juga.. cz x de kenderaan yang dibawa naik ke puncak semua berjalan jew... tyme tue memang sangat sejuk.. siap mengigil ag ak tyme tue...

gambar lepas hujan.. tyme turun dari gunung..

sempat jew posing... biler jumpa view cantik.. hihi~~
semasa perjalanan turun juga...
selesai amali... kmi terpaksa turun balik ke bawak pada ketinggian 1200km ke bawah.. n bawah agi sampai ke muzium perhutanan dan kebawah agi pada ketinggian 60 km untuk collect spesimen hill forest lak... tyme tue kasut memang dah jadi kolam ikan dah.. tapi apa yang best.. kmi dapat lihat kabus tebal disekeliling.. macam duduk luar negara... kalau pandang belakang memang dah x nampak ap ..
 tebal sangat kabus... sangat best~!~
gambar untuk kenang-kenangan... hihi~~

setelah 2 hari buat amali.. memang malam jew.. tidur x sedar dunia agi dah.. alik2 dah pagi... badan2 nie.. memang siap rasa sengal-sengal.. kaki x payah nak cakap la... memang sakit sangat cz naik turun gunung... x ada latihan n warming up lak tue.. memang boleh kejang kaki... sejuk panas memang bersilih berganti...  tapi puas hati gak la .. boleh berjalan sampai begitu skali.. sampai sekarang pun still rasa sengal2 kaki.. masing2 pergi kelas ari nie macam orang cacat jew kaki.. terkenjut-kenjut.. uhuhu~~~



namun selepas 3 hari beramali di Kedah.. Last destination adalah di Titi Hayun ktorg bertapak.. kat sana kitorg lihat lak n kumpul spesimen untuk lowland forest.. kat sana dugaan yang sangat tinggi.. bapak banyak pacat cukup banyak.. tapi sesetangah orang jew la yang kena..  ak x de pun kecuali kat Gg. Jerai.. ntah kenapa pacat gunung  nie suka sangat dengan ak ntah.. hihi (perasan sendiri)  kat sana beberapa spesimen berjaya kami collect.. walaupun masing2 dah penat sangat lepas 2 hari asyik memanjat jew... petang nyer baru la balik ke upm.. dengan keadan jalan yang jam dan sesak sebab oarang dah mula berkerja mula hari nie.. kul 10 lebih sampai juga ke kolej dengan selamat..

n sekarang masing2 budak2 ktorg smua sibuk dengan hasil2 collection masing2 press n setting daun mana2 yang patut untuk markah tugasan amali masing2... n doakan ktorg nyer amali dapat markah tinggi ek.. n memuaskan...insyaallah..

P/S:: n ari jumaat nie buat pula amali seterusnya di Seremban.. untuk hasil bukan kayu.. potong buluh pula.. uhuhu~~ x habis penat dah datang pula satu agi.. dugaan...mudah2 semuanya dapat markah tinggi2 belaka.. INSYA-ALLAH....








Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..