:: trip list semester nie ::

kalau sebelum nie ak merajuk sebab list hilang tyme aku mengedit gambar... hari nie ak nak tulis balik.. cz tadi tyme semak-semak balik entry ak yang lama2..ak ad listkan aktiviti yang ak lakukan pada semester lepas iaitu dalam entry bernafas untuk 1 minit ... namun rasa x sedap pula cz biler ak tak senaraikan aktiviti yg ak lakukan semester nie..then boleh gak ak buat rujukan di sini kalau ad apa-apa masalah melibatkan tarikh cz ak dah ada catatan.. 

Jom terjah ak nyer aktiviti sem nie..
tarikh:: 4-5 0gos 2010    lokasi :: Bentong, Pahang     subjek:: Pengurusan Hutan I
Trip nie  ktorg dibawa untuk melihat sendiri bagaimana kaedah penebangan hutan dilakukan di Semenanjung Malaysia. Ada dua kaedah penebangan yang digunakan dalam amali nie.. first iaitu penebangan selective system, (SMS) di HS Rotan Tunggal dan  second , Clear Cutting di HS Felda Chemomoi.. tujuan penebangan habis dilakukan adlah kerana nak buka penempatan baru felda di situ.. jadi terpaksa tebang habis.. then ingat pembalakan bukan KEMUSNAHAN tapi RAWATAN sekiranya mengaplikasikan kaedah yang betul dalam pembalakan... disebabkan tue la kitorg di ajar dengan teknik pembalakan yang betul... dan last sekali ktorg pergi ke pusat biji benih untuk melihat dan mempelajari teknik yang digunakan untuk menyimpan biji benih.. (kalau ak rajin nnt ak buat entry baru ttg teknik dier yerk..)
 nie gambar2 kat kawasan pembalakan..  n gambar yang sowang kat atas skali tue abaikan..
jgn layan sangat.. (x de gaya titanic d cnie)
 nie di tabung biji benih.. melawat tapak semaian n tengah mengupas biji benih dipterocarp..
rajin pula diorg nie..
 nie gambar kenangan untuk trip nie.. di Felda Chemomoi..

tarikh:: 28 0gos 2010    lokasi :: KD Sri Klang    subjek:: Palapes Laut  (koko-kredit)
nie dalam ketagori hutang dengan ak.. koko kredit yang belum di kreditkan agi dalam aku nyer slip pendaftaran kursus.. tapi aktiviti dah start.. mengalahkan subjek 3 kredit.. kalau dilihat dari aktiviti palap nie.. hampir tiap2 mlm kena panggil..sampai asgmnt ak pun kekadang terabai.. namuan apa-apa pun ak still kekal n join agi.. walaupun tahap stress dan tension kalah gunung merapi yang meletup.. nie bukan trip ek.. tapi interview untuk join Palapes Laut.. yang turut sekali interview tyme nie adalah UiTM, UKM dan UPM.. alhamdulillah UPM 28 orang yang interview.. semua dapat.. (walaupun sekarang yg tinggal hnya beberapa cz byk yg dah x tahan).. lepas jew dapat tahu sapa yang diterima masuk.. ktorg kena buat "aku janji".. angkat sumpah dalam bahasa yang seangkatan dengan nyer..
nie gambar kenangan kami selepas diiktirafkan kami lulus untuk join Palapes Laut..
seramai 13 orang lelaki dan 15 orang perempuan..

tarikh:: 16-19 Sept 2010    lokasi :: Sg. Merbok, Gg. Jerai n Titi Hayun, Kedah     subjek:: Dendrologi 
yang nie paling x bleh bla.. tengah seronok cuti raya... semua orang kena panggil balik untuk trip amali.. oleh yang demikian smua angin sikit tyme tue.. kerja kitorg kat cnie kena buat pengecaman pokok dan bawa balik spesimen untuk herberium... amali nie sangat penting cz byk masuk exam terutama final ari tue.. naseb baek boleh jawab... mengenai trip nie juga... aku ad post entry sebelum nie.. lihat d cnie.... pengalaman sepanjang amali dan kerja2 yang ktorg lakukan ada ak postkan.. jadi kat cnie ak jz nak letakkan gambar2 kenangan jew la..
 nie la antara gambar kenangan amali di Kedah.. atas sekali kerja2 kutip spesiemen daun.. yang tengah tue tyme dah sampai kat kaki Gg Jerai (sebelum hujan turun).. tgh hilangkan penat berjalan dari bawah.. 
then nie gambar kenangan di Tangga Kenari..
tarikh:: 24-25 Sept 2010   lokasi :: Seremban n Kuala Pilah, Negeri 9     subjek:: Hasil Bukan Kayu
amali nie untuk memperkenalkan ktorg dengan prodak2 bukan kayu dalam industri.. selain tue.. ktorg juga dibawa  untuk melihat cara pemprosesan dan pembuatan barangan daripada buluh dan rotan.. banyak pengalaman yang ktorg dapat.. n paling x tahan ktorg kena tolong kerja tesis  budak final year.. untuk kira biomass daun buluh.. cukup memenatkan.. then kena tebang buluh sekali.. penat..penat.. untuk trip nie pun ak ad buat entry juga.. lihat kat cnie..

 nie la gambar2 kenangan ktorg untuk trip nie pula.. yang atas sekali tue.. abg tue tgh buat perabot rotan.. sangat cantik bila hasil tue dah siap.. yang ke2 tue gambar group2 ak dengan prodak rotan.. n yang hijau sikit tue.. gambar kerja2 yang memenatkan yang ktorg kena buat.. then yg atas nie biasa la aksi posing la pula..

tarikh:: 15-16 0kt 2010   lokasi :: Jenderak, Kuala Gandah , Pahang    subjek:: Intro Rek
nie amali ktorg yang terakhir semester nie.. walaupun agak simple tapi cukup terhibur.. sebabnya kitorg boleh maen2 dengan gajah.. selain kena tolong cuci longkang rumah staff (cz ad aktiviti gotong royong pembersihan kawasan tersebut) tujuan ktorg pergi of couse sebab amali kan.. tapi ktorg kena perbezaan pengalaman rekreasi yg ktorg dapat dari kawasan santuari Jenderak n Kuala Gandah.. selain tue tolong bagi pendapat gak untuk lecturer ktorg yg kenal hender projek kat kawasan tersebut.. nak bangunkan kawasan.. n sambil beramali tue .. memang enjoy juga la.. nie pun ada entry dier.. klik cnie...

nie gambar kenanngan kami untuk intro rek.. atas sekali gambar kat santuari jenderak .. tue gambar seladang n kandang dier.. dan bawah sikit tue gambar gajah kat kuala gandah yang tengah menari2.. then bawah agi.. gambar group kitorg yang kena cuci longkang masa gotong royong.. then yang atas nie.. gambar group ktorg ntk intro rek .. gambar kat pelantar gajah..

hah.. nie la aktiviti kitorg sepanjang semester nie.. yang membawa kitorg melawat kat luar selain daripada mengadap kampus n kolej jew.. dari 5 subjek yang ak ambil sem nie.. 4 subjek membawa ak keluar.. and only one subjek jew.. stay kat kampus.. iaitu bi.. (ak x tau kalau bi ad trip gak.. teruk cam tue..) nie semua membuatkan ak sibuk dengan report.. tapi alhamdullilah .. kini semua dah settle.. kecuali jawab exam jew..apa2 pun smuanya enjoy..
p/s:: sem depan x tau la cam mana lak.. cz ak ada ambil subjek skill rec.. agi banyak la aktiviti kena buat.. n agi banyak bahan untuk entry ak nanti.. tnggu la sem depan.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

::course perhutanan.. jom kenal::

Master by RESEARCH...