Menyepi perlukah??


"Rugi la jadi orang senyap sebab orang tak kenal kita..."

Pernah tak persoalan ini bermain di fikiran kawan-kawan semua..  disaat semua nama disebut diperkenalkan.. tapi nama anda tertinggal dan umpama hilang dari senarai nama tersebut... apa perasaan anda ketika itu.. sedih.. kecewa..  dan rasa seperti perlu jew keluar dari majlis tersebut.. kalau anda berada di majlis.. dan menyendirikan diri sahaja seperti tiada apa apa  yang berlaku... kerana nama anda tiada di dalam senarai.. atau biarkan diri anda seperti orang asing disitu.. adakah itu salah satu anda..???

sekiranya ya... ya anda juga seorang yang pasif dan pemikiran negetif..

tahu tak  manusia pasif dan negetif adalah manusia yang kurang keyakinan pada diri.. terlalu mengikut perasaan.. dan kurang bermotivasi.. situasinya ini bagi saya samalah seperti manusia yang tahu tuhan maha memberi.. tapi sombong.. tak cuba meminta dan berdoa dari Nya..

perkaitannya..
kita tahu orang tak kenal atau lupa kita.. kita kena lihat semula punca semua itu datang dari mana??
diri kita atau mereka sendiri.. kalau kita salahkan orang lain dengan menyatakan mereka lupakan kita..tetapi kita sedar atau tidak.. bahawa adakah kita menyedarkan mereka tentang kewujudan kita... sebagai contoh kalau saya pilih salah satu situasi di atas
 >> kecewa.. sedih... saya lari meninggalkan majlis disebabkan nama saya tidak disebab dalam senarai rakan-rakan yang dijemput sedangkan dia menjemput...
tidakkah situasi ini akan menambahkan keadaan dimana kamu akan lagi dilupakan... ingat memori manusia tidaklah seperti komputer yang mampu menyimpan pelbagai data.. kekadang apabila banyak yang difikirkan lagi banyak manusia akan cuai dengan sesuatu perkara...

jadi bagi saya untuk situasi ini... sekiranya berlaku pada diri anda.. jangan cuba menyendiri diri... cuba ramahkan diri dengan semua tetamu.. dan berjumpa dengan sahabat anda supaya tidak terus senyap menyepi dan dilupakan.. situasi ini bukan bertujuan untuk mencapap atau terlalu menonjolkan diri.. tapi adalah untuk mengeratkan silaturahim.. kawan awak tidak terasa dengan awak dan awak sendiri positif dengan menerima seadanya kekurangan orang lain...

 (= WARNA CERIA AKAN MENJADIKAN KITA CERI =)



MOOD :: Tengah cuba memotivasikan diri semula untuk menjadi manusia yang POSITIF...



Popular posts from this blog

Kinohimitsu review..

Master by RESEARCH...

Andai esok aku tiada..