Boiling Frog..
Pernah dengar mengenai prinsip psikologi " Boiling Frog". Prinsip ini adalah kerana keselesaan yang mampu membunuh hidup seseorang. Kalau dilihat kepada teori prinsip ini, katak yang ditinggalkan dalam periuk yang mendidih, masih boleh duduk lagi menetap didalam periuk itu walaupun menyedari periuk sedang mendidih. Lumrahnya benda hidup, dia boleh melompat keluar dari periuk bila sedar akan kepanasan air yang didih tadi. Tetapi disebabkan terlalu selesa, dia membiarkan dirinya mati disebabkan kepanasan air. Itu konsep yang diterapkan dalam prinsip ini, dan kita sebagai manusia elakkan dari menjadi the boil frog ini, kerana ia akan memusnahkan kehidupan kita sendiri..
Berbalik kepada cerita kehidupan aku. Aku kira setahun dalam haluan mencari halu tuju yang sebenar. 2017 mengajar aku banyak benda yang baru yang pahit yang tak pernah aku lalui dalam hidup. Ia betul-betul mengajar aku sesuatu terutamanya bab perasaan, tanggungjawab dan halatuju yang bukan mudah dirancang dan sepenuhnya bukan mudah apa yang kita fikirkan. Sebolehnya, biarlah 2017 berlalu sebagai suatu pengalaman bagi aku dan 2018 adalah satu kehidupan yang baru yang mampu mencorak kehidupan yang lebih cerah dimasa hadapan.
Pengalaman 2017:
- hati dan perasaan- aku manusia yang hati keras dan penuh dengan emosi perasaan dan kehendak sendiri. mencinta dan dicintai bukanlah suatu matlamat aku. dan keegoan adalah sesuatu yang terserlah dalam mengecapi kerjaya yang diinginkan. sehinggakan kekadang mengabaikan perasaan manusia-manusia disekeliling yang cuba menerima hati kita. 2017 membawa aku pengalaman yang baru, yang mana aku tersungkur dengan namanya perasaan dan naluri ingin dicintai. tak semudah yang kita impikan saat kita dah mampu memberi kasih, kadangkala kasih orang bukan milik kita lagi, cinta kita mula ditepikan dan ditumpukan pada suatu yang baru. saat nie aku merasai perasaan manusia-manusia yang pernah mengalami putus cinta. melepaskan kasih bukan pada miliknya. kadang-kadang aku tak dapat terima kenyataan itu. tak logik dek akal kenapa manusia selama ini yang memeberi perhatian berubah arah tujunya.. tapi itulah lumrah kehidupan insan, hati ini milik Allah sekejap sahaja kalau dia ingin menguji engkau.. dan engkau lihatlah kebesarannya. dan alhamdulillah dengan redha Dia juga dan pertolongan dari Dia juga.. aku mampu kembali hati aku kepada sediakala. walaupun berparut, biarlah ia ditinggalkan sebagai pengajaran buat aku. hargailah hati-hati manusia yang mengasih kita dan berkawan biarlah berpada-pada, jangan mudah terbahagi hati...
- kerjaya dan halatuju- sukar... dan jawapan yang tak pasti... ya allah bantu aku.. aku sangat buntu dengan kehidupan aku sekarang.. aku sangat-sangat perlukan kerjaya yang stabil, yang masuk dengan jiwaku, dalam masa yang sama mampu membantu keluargaku ibubapaku supaya lebih stabil lagi kehidupan mereka dan lebih memberi keselesaan kepada mereka. Aamiin. buat masa sekarang dah banyak sangat aku isi kekosongan dan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang aku. tapi rata-rata langsung tidak memberi respon pada aku.. kekadang rasa give up dan kecewa juga dengan diri sendiri.. tapi usaha akhir aku.. yup sambung pengajian.. setakat ini takde respon negetif.. moga dipermudahkan perjalanan pengajian aku diperingkat seterusnya dan mohon ya Allah mohon cita-citaku ingin jadi pendidik dan penyelidik tercapai..
-kerja yang sekarang- yup ini yang berkaitan dengan the boiling frog... selepas tamat pengajian diperingkat master ( november 2016), sempat jugalah aku rasa menganggur dan rasa hidup tak bermatlamat selama 2 bulan.. akhirnya januari 2017 satu pusat tuisyen ditempat aku dibuka dan kebetulan tiada cikgu yang mengajar, aku volunteerkan diri untuk mengajar di pengakhiran januari 2017.. start dari situ aku mengajar sehinggalah sekarang disember 2017 dalam subjek matematik dan sains sekolah rendah dan menengah. boleh la sebulan maksimum pernah aku dapat RM450 dan average lain-lain bulan mostly dalam RM150 ja.. tapi boleh la.. hidup rasa macam berilmu la sikit sebab bila mengajar kau sendiri boleh refresh balik apa yang lama-lama kau belajar dulu. Dalam masa yang sama, sentiasa gerakan otak kau untuk berkomunikasi secara berkesan dengan student-student kau dan otak tak adalah jem sangatkan.. sebab gerak juga hujung-hujung minggu. Aku perasan sesuatu juga, waktu interview rasa lancar sikit untuk bercerita berbanding dulu-dulu mungkin sebab kemahiran komunikasi waktu tuisyen dan mungkin juga berkat doa-doa yang aku before masuk iv mungkin. Aku suka dengan situasi pemgajaran nie sebab aku dapat berkongsi ilmu dengan student aku. so aku tak kisah sangat dengan gaji dia semua dan tekanan pun tak banyak, sebab student pun kebanyakan mereka-meraka yang betul-betul nak belajar dan so kita pun semangat nak mengajar.. overall semua ok je.. gaji sikit aku tak kisah asal aku suka dan dapat tabur bakti... tapi yang aku tak selesa dan sangat-sangat tak selesa dan bagi aku kekadang aku rasa tertekan adalah bekerja insuran..
1. aku jenis yang straight dan malas bab-bab orang suka cerita itu ini so aku rasa sangat rimas.. so tue salah satu kondisi kerja yang aku tak selesa.
2. aku jenis suka sendiri, tapi kerja kat situ ramai orang kejap orang tue kejap orang nie.
3. aku tak suka penjadualan tak terancang..rasa serabut dan memenatkan sebenarnya.. walaupun tak banyak keja..
4. sisa makanan terperap 3-4 hari tak reti buang, sampai berulat and last aku kenang buang... ermmm... (tau la aku nie kuli )
5. ada part masam-masam muka.. yup aku mengaku aku selalu lambat..
6. gaji sikit tapi kena ulang-alik pejabat pos lebih dari komisen aku dalam satu hari.. gaji aku sehari RM25 komisyen diorang ambik setiap kali aku pergi pejabat pos diorang ambik RM10 seorang. Tapi kekadang macam saja untuk diorang biar aku ulang 3,4 kali pergi pejabat pos sedangkan benda tue boleh kumpul-kumpul dulu baru pergi. so aku rasa benda tue sangat-sangat tak adil.. tak berbaloi dengan gaji aku dan komisyen yang diorang bagi.. mula-mula ada la nampak diorang simpatinya.. kumpul-kumpul dulu baru pergi pejabat pos.. tapi lama-lama macam ada yang lain macam sikit rasanya.... Ya Allah, tolong la aku.. bagi aku dapat kerja baru.. untuk aku out dari situ... Aamiin...
1. aku jenis yang straight dan malas bab-bab orang suka cerita itu ini so aku rasa sangat rimas.. so tue salah satu kondisi kerja yang aku tak selesa.
2. aku jenis suka sendiri, tapi kerja kat situ ramai orang kejap orang tue kejap orang nie.
3. aku tak suka penjadualan tak terancang..rasa serabut dan memenatkan sebenarnya.. walaupun tak banyak keja..
4. sisa makanan terperap 3-4 hari tak reti buang, sampai berulat and last aku kenang buang... ermmm... (tau la aku nie kuli )
5. ada part masam-masam muka.. yup aku mengaku aku selalu lambat..
6. gaji sikit tapi kena ulang-alik pejabat pos lebih dari komisen aku dalam satu hari.. gaji aku sehari RM25 komisyen diorang ambik setiap kali aku pergi pejabat pos diorang ambik RM10 seorang. Tapi kekadang macam saja untuk diorang biar aku ulang 3,4 kali pergi pejabat pos sedangkan benda tue boleh kumpul-kumpul dulu baru pergi. so aku rasa benda tue sangat-sangat tak adil.. tak berbaloi dengan gaji aku dan komisyen yang diorang bagi.. mula-mula ada la nampak diorang simpatinya.. kumpul-kumpul dulu baru pergi pejabat pos.. tapi lama-lama macam ada yang lain macam sikit rasanya.... Ya Allah, tolong la aku.. bagi aku dapat kerja baru.. untuk aku out dari situ... Aamiin...
That is situasion boiling me, yang comfort aku sekarang sebab aku duduk dengan parent.. sunyi lepas balik keja aku tak rasa.. nak kata macam zaman study dulu, time cuti time malam mesti rasa sunyi, alone, lonely... tak ada sapa nak teman lebih-lebih kecuali buku n lappy.. stress ke apa pandai la kau hadap sendiri.. tapi duduk di rumah, tengah buat keja pun aku boleh keluar kacau sapa-sapa yang patut... kecoh-kecoh.. tarik muka lari masuk bilik balik, sambung buat kerja balik.. hahha... so tak ada sunyi sorang-sorang dan tak ada tensionnya.. semua ruang masa terisi.. tak sempat nak touching-touching sorang-sorang... so bila dengan parent pun, susah diorang kekadang aku ada.. walaupun aku bukanlah jenis manusia yang membantu sangat, tapi sekurang-kurangnya ada la sikit hilang sunyi-sunyi diorang semua tue. Makan pakai aku pun semua dengan diorang... tidur lena aku pun masih diorang kejutkan.. BAHAHAHA.. tapi itulah.. aku betul-betul nak ada kerja sendiri.. aku tak nak jadi katak yang terbunuh disini.. walaupun ada part aku selesa...
sekian saja cerita the boiling frog aku...