Cerita terlepas: AKTIVITI 2016-2017 (SAMBIL TUNGGU CORRECTION THESIS)
Hai Assalamualikum..
Afternoon christmas. While orang pergi kenduri n berjalan di kala cuti, aku prefer duduk rumah sorang-sorang. Hayati the leisure of time. Perut kenyang rumah dah kemas, orang pun xde kita nak sembang.. so nie adalah time untuk scroll balik cerita lama-lama yang pernah aku tulis di blog suatu ketika dulu.. lama tau blog aku bersawang.. so aku start jelajah balik aktiviti aku dari zaman diploma hinggalah master sekarang... conclusion yang aku boleh buat berdasarkan blog aku.. and nampak sangat.. di penghujung master emosi aku mula bersepah.. terutama start aku kena writing lepas aku dah habis collect data.. iaitu awal 2015 sebenarnya tapi emosi damage teruk start 2016 keatas.. tue faktor mungkin waktu tue banyak senggang.. otak terlalu banyak fokus pada writing dan submited schedule menyebabkan otak penuh dengan tension tau nak bergaduh dan cari salah orang jew time tue.. hahahha... kalau baca balik penulisan aku dalam blog nie pun time tue penuh dengan luahan perasaan jew.. kecewa la.. itu la.. ini lah.. xde langsung yang mengembirakan kan ke ? where is happening life time tue..? ada sebenarnya cuma tak terlalu mengfokus.. atau menghayati sewaktu tue jew.. mungkin juga sebab mood untuk menulis blog kurang.. kerana kehidupan time tue penuh dengan orang disekeliling.. maklumlah.. blog hanya tempat melepaskan perasaan yang sunyi ja.. ah.. tapi tanpa sedar dia jugalah tempat cerita sumber inspirasi, tempat simpan kenangan dan mungkin tempat yang xboleh dilupakan juga... okey sayang kamu blog.. sebab banyak simpan memori suka duka aku.. hahah..
ok back.. so hari nie nak cerita dulu apa aktiviti sebenarnya yang terlepas di 2015-2017 yang tak diceritakan.. hanya tutup dengan awan mendung perasaan jew.. jom buka buka lama jap...
LATIBA 22 Okt - 6 November 2015
Latihan Tahunan pegawai simpanan tentera laut nie kali kedua yang aku join... pertamanya yang pernah aku join dengan zamir allan dan jah dan yang keduanya aku, anis, insyirah dan wan. sebab benda tu dah lama sangat terjadi aku susah nak ingat mana satu aktiviti dia sebab terkeliru dengan yang sebelum-sebelumnya.. tapi yang pasti latihan ini ada melibatkan pelayar kami ke langkawi.. owh yang nie mungkin anis tak ada.. pelayaran kami ke langkawi mengambil masa 5 hari termasuk latihan diperairan dan cara pengendalian kapal sekiranya terdapat kebocoran, bantuan penyelamat kapal barang dan apabila diserang dengan penjenayah.. aktiviti dia memang best..
Program Consulting
Nie kerja samping waktu aku study master kalau kerja sebagai projek consultant aku dapat dalam RM150 sehari.. nie pun lebih kurang tue juga.. tapi nie just kami handle program untuk seminar.. contoh ada agensi nak buat seminar.. kami akan pergi check tempat tue.. pastikan kemudahan yang ada pada peserta program.. barang-barang yang diperlukan label tempat dan sedia peralatan sediakan makan minum, uruskan pendaftaran dan sijil para peserta mengikut pemintaan perbadanan tue la.. untuk program nie aku join diorang tiga tempat iaitu Melaka, Bangi dan Terangganu.. tak ada la rushing sangat ok jew.. yang pasti penginapan dan makan minum diorang sediakan.. dan RM300 confirm untuk 2 hari handle program.. senang-senang je kan dapat pakej berjalan lagi hilangkan stress.. duit tambang perjalanan disediakan... so aku relax jew la waktu tue berjalankan.. dapat tinggal di hotel mewah pulak tue..
Eneumoretor ( 8 Okt -14 Oktober 2016)
Ni pun kerja sampingan juga aku buat sebelum aku submit last thesis after correction viva.. nie kira kerja sambilan sambil tunggu doc aku check thesis nak dihantar semula sebelum buat hardboud.. Kerja ini adalah kajian servai di kampung nelayan untuk projek konservasi dugung di kawasan mersing... upah dia RM50 sehari pengangkutan dan penginapan disediakan.. sepanjang kajian tue aku rasa aku dapat banyak benda baru. Pertama, kenalan. aku budak wildlife banyak hidup dengan geng aku jew.. hingga aku tak kenal yang lain.. bila dengan diorang aku dapat kawan baru dari kalangan budak rekreasi dan ilmu baru sebab diorang dari kalangan student phd banyak la yang open aku punya minda bila berkawan dengan diorang. Kedua tentang masyarakat nelayan disana. By my observation, kadang-kadang pembangunan itu bagus dan adakalanya dia agak menyusahkan rakyat. kat sini bila aku buat kajian servai tue sendiri aku boleh nampak pelbagai keluhan dan pendapat masyarakat yang mungkin kita tak sedar.. dalam kita sendiri sebagai yang atas bina itu ini untuk kebaikan umum kononnya tetapi sebenarnya dalam pada masa yang sama menindas golongan-golongan minoriti secara tak langsung.. kawasan mersing yang kita sedia maklumat semakin meningkat dari segi prasarana disebabkan oleh kawasan lautnya yang cantik mampu meningkat kadar kehadiran pelancong di kawasan tersebut.. yup rata-rata kawasan laut yang kami servai dan cari para nelayan di kawasan tersebut, semakin banyak dibina dan digazetkan sebagaikan kawasan kerajaan negeri.. yang dibina untuk tarikan pelancong. Tapi dalam sedar tak sedar, pembinaan tersebut telah sedikit sebanyak mengurangkan mata pencarian penduduk tempatan. sebab apa kawasan untuk nelayan menangkap ikan semakin berkurang terutama buat nelayan boat kecil sebab kebanyakan kawasan digazetkan untuk pulau.. nelayan kebanyak komen mata pencarian mereka hilang disebabkan ikan-ikan banyak berlari ke pulau sebab lebih banyak terumbu disana.. penduduk setempat ibarat ditindas.. terumbu ada.. orang luar curi pukat tunda orang luar yang pakai musnahkan habitat buat jahat.. semuanya diterima oleh penduduk tempatan.. peluang pekerjaan berapa orang sangat yang boleh isi peluang tersebut dan kebanyakan juga masih ambil orang luar so penduduk tempatan terima apa ja.. itulah anatara keluhan-keluhan yang kami terima.. so sebagai orang tengah.. suara-suara tersebut cuba dibawa ke atas.. tetapi ntah la diikutkan atau tidak..
my team survey... dugong n seagrass conservation's team.
tu la antara pengalaman-pengalaman aku mengisi kekosongan tahun 2016-2017.. dan dalam tahun tue juga dua kali pergi sabah.. pertama jalan-jalan kedua hantar adik sambung belajar disana..
our chalet lodge.. really cool and freeze..
dan jalan-jalan di besut kuala terangganu juga, kawen my kuzen,,.....
budak kecik nie macam first time jumpa laut berlari tengah panas cari laut n nak main dengan ombak..
sekian,, xoxo