My master 2013-2017
nie la buku hikmat aku.. yang sentiasa menemani aku sepanjang pengajian masterku.. dia lah yang menyimpan setiap perjalanan hidup, pahit getir manis pengajian.. semua tertulis dalam tue... disitulah objektif kajian, disitu juga segala problem statement.. method, LR versi sendiri nak kenal alam serangga bernama lepidoptera dan sebagainya.. dan disitu juga doa-doa mohon kekuatan jenis-jenis solat yang aku pelajari.. hingga ke mekah dia pergi menemani aku tau.. sentiasa disisipkan dalam beg sehinggakan ada sorang makcik datang tegur aku.." bagus la adik nie.. jalan-jalan pun bawa buku nota catat semuanya.." waktu tue makcik nie tegur aku selepas solat zohor di madinah dia nak tau perkembangan di tanah suci mekah.. sebab esok dia akan bertolak ke mekah.. manakala waktu tue aku baru sampai madinah dari mekah.. keluarkan buku nota kononnya nak inform waktu solat pada dia.. sebab di mekah pintu akan ditutup 15-20 minit sebelum masuk waktu solat.. so kena prepare awal dan ambil tempat awal di dalam masjid kalau betul-betul nak solat didalam masjid mengadap kaabah depan mata kita.. nanti aku buat entry khas untuk umrah yea..
Nampak perjalanan master aku macam 4 tahun.. tapi hakikatnya master aku habis dalam masa lebih kurang 3 tahun jew.. pertamanya setahun aku tunggu untuk konvo selepas submit thesis dan 1 semester lagi tunggu untuk viva.. so waktu senggang aku sangat banyak.. dan inilah yang menyebabkan aku rasa tak buat apa-apa gelebah semacam dan sibuk nak cari kerja.. dan rasa macam terlalu lama menganggur..
Pengajian aku bermula september 2013. Pada semester pertama kami atau aku hanya fokus pada persiapan kertas kerja, proposal defense dan kelas study method untuk penyelidikan.. kalau ikutkan syarat universiti mewajibkan setiap student master research untuk mempunyai sekurang-kurangnya 9 kredit subjek sebelum bergraduat.. tapi disebabkan kami student GRF, diwajibkan menghandle kelas atau amali setiap semester 4 jam kredit jadi kami dikecualikan untuk 9 jam kredit kelas... so aku hanya ambil satu kelas sahaja research method untuk preparation kepada study site..settle semester satu dengan 3 benda tersebut (kelas study method, proposol defense n research).
semester kedua dan ketiga sepenuhnya fokus kepada data collection... tak ada cuti tak ada gap kecuali cuti hari raya.. hari lain collect data macam biasa.. time tue juga ada selang seli dengan projek konsultant.. so boleh tambah ilmu pengetahuan mengenai bidang kajian kami.. dan juga handle wildlife camp untuk student degree.. pertengahan semester 3 dah habis collect data dan selesai.. mula susun, analisis dan run data-data yang diperolehi... semester empat dan lima dah start writing untuk journal paper dan thesis.. setahun juga benda tue berjalan.. terutama paper la.. jap kena reject.. jap tak memenuhi syarat dan piawaian journal tersebut.. macam-macam lah time tue.. awal semester 5 aku dah hantar notis penyerahan thesis (borang GS14a) so pada masa tue sv aku dah buat penamaan calon untuk examiner aku dah masuk dalam rekod student portal pada 28 Julai 2015 dah ada rekod. 3 bulan struggle siapkan thesis untuk submit pada sgs..
Pengakhiran semester 5, tanggal 19 Februari 2016, akhirnya aku telah berjaya menghantar thesis aku ke sgs bersama-sama dengan borang 15a.. menandakan berakhirnya sedikit kegelisahan aku zaman master dan dengan itu juga mengistiharkan yuran pengajian aku bagi semester 6 hanyalah RM350 sahaja..dan daftar kursus seperti biasa.. walaupun telah berjaya menghantar thesis. Start dari situ mulalah saat-saat menganggur aku dan carian-carian kerja yang tidak berkesudahan ini..
Debaran kian terasa semula bila, tunggu punya tunggu tak panggil-panggil juga untuk viva.. 3 bulan 4 bulan tak panggil-panggil lagi.. awal bulan Julai 2016 baru aku dapat call untuk confirmkan tarikh viva.. tue pun dua kali dia call dan cancle dengan tarikh tersebut dan akhir sekali 22 ogos 2016 barulah betul-betul tarikh viva aku yang sebenar, dan aku viva pagi di bilik viva 4.. dua hari sebelum aku viva kawan aku viva dulu.. so aku pergi tengok macam mana dia viva waktu tue dan sama-sama rasa debarannya lah time tue.. time aku viva dia tak dibenarkan masuk.. so viva nie ikut kebenaran dari examiner la kalau examiner tak nak pengerusi majlis xboleh nak benarkan orang luar tengok situasi perbahasan tersebut.. kalau waktu kawan aku tue chairman n examiner ok so aku okey jew untuk stay skali dalam bilik viva..
lepas viva tengok la keputusan examiner.. kalau major correction dia akan bagi masa dalam 3 bulan untuk siapkan manakala untuk minor correction diberi masa dalam seminggu hingga sebulan untuk disiapkan bergantung kepada budi bicara chairman dan examiner.. tempoh tersebut aku bermula selepas report viva dikeluarkan.. kalau ikutkan dari tarikh viva dengan correction aku time tue sebenarnya sempat je untuk aku siapkan correction and konvo pada tahun tue juga iaitu 2016... tapi disebabkan memikirkan kena konvo sorang.. dan last dah dengan kawan-kawan so aku ambil keputusan untuk tunggu jew la konvo ramai-ramai dengan yang lain.. thesis aku betul-betul hantar sekali borang pengesahan bergraduat semua adalah pada 27 Oktober 2016. so beberapa hari selepas konvokesyen.. paper aku pula accepted sehari sebelum aku viva.. so antar penyelamat aku juga time viva tue sebab paper dah diterima oleh journal yang berimpak tinggi wiley.. 20 november 2016 offically aku keluar kolej dan tamat sudah sebagai student di UPM.. 20 Disember 2016 nama aku dah disenarai senat untuk bergraduat pada tahun 2017.. 2 oktober terima surat konvokesyen dan majlis konvokesyena aku pada 6 november 2017.
Kalau dilihat pada yuran pengajian aku.. aku student GRF.. so akan diberi pengecualian yuran pengajian selama dua tahun pengajian.. yuran pendaftaran awal pengajian memang kena RM2400 tapi aku ada mohon MyBrain15 so yuran tue akan diberi semula pada semester ke tiga dengan dua kali pembayaran RM900 dan RM1500... yuran-yuran seterusnya dibayar sepenuhnya oleh mybrain dan semester kelima aku kena buat pembayaran sendiri la time tue RM1850 tapi beberapa bulan berikutnya aku dapati bahawa peruntukan yuran bagi mybrain aku masih belum melebihi RM10K seperti peruntukan yang ditetapkan.. disitu aku jumpa bendahari dan buat claim untuk yuran semester 5 alhamdulillah berjaya.. memandangkan waktu tue pun ekonomi aku meleset so.. alhamdulillah la boleh dapat semula duit tersebut.. yuran seterusnya semester 6 dalam bajet la sebab dah hantar thesis so RM350.. selepas selesai hardbound.. yuran berbaki dari RM10K tue masih lagi boleh claim untuk thesis.. sila rujuk balik perjanjian dengan mybrain.. sekiranya masih berbaki ada hak untuk pelajar claim semula duit tersebut tidak melebihi RM3000.. alhamdulillah untuk aku semua selesai.. untuk next pengajian harap dipermudahkan juga seperti ini aamiinn..