Posts

Showing posts from March, 2018

Refresh as postgraduate student..

Bismillahhirahmanirahim.. Bila nak melangkah semula ke alam siswazah, nak tak nak aku kena selak balik semua nota, nasihat, kata-kata azimat daripada tok guru-tok guru dulu-dulu.. walaupun kali nie aku berubah ke haluan baru.. tapi aku masih rindu lagi kata-kata nasihat dari tok guru- tok guru aku dari UPM.. yup disitulah segala perjalanan aku bermula.. dan disitu juga la aku belajar segalanya.. so jasa guru-guruku itu tidak akan aku lupakan.. ikutkan hati memang nak sangat sambung study sana lagi.. tapi last step bagi aku.. diploma, ijazah dan master.. biarlah phd aku cuba suasana baru, kehidupan baru dan membawa aku pada suatu keadaan yang baru pula untuk aku terbuka dan belajar dari persekitarannya.. Aku datang sini malam nie, nak ingat balik apa yang aku perlu ingat dan buat as student postgrad.. macam nasihat dan kata-kata tok guru aku dulu-dulu.. 1. tok guru aku dulu, dia tak suka benda yang rumit dalam pada masa yang sama dia suka publish paper.. so nasihat yang selal...

First sem defer tapi dah nak kena start projek..

Bismillahhirahmanirahim.. Aku bajet bila defer first semester, boleh la aku relax-relax dulu and start sikit-sikit untuk pengajian phd aku akan datang.. macam entry aku sebelum nie dah cakap.. semester nie aku terpaksa dulu defer pengajian aku memandangkan aku belum cukup lagi duit untuk mendaftar masuk.. tapi aku dah start sikit-sikit proses berkaitan dengan kajian aku.. dan minggu nie dan minggu lepas juga aku dah start bersua muka dengan sv-sv aku untuk berkenalan.. berkenalan la sangat kan.. hahaha.. sv aku cakap bagus la aku defer sebab bulan nie dah makan bulan sikit.. dan lagi bagus aku dah start pre study awal untuk aku kenal kajian aku... berkaitan kajian aku.. kalau korang baca dari entry yang lepas-lepas.. korang akan tahu macam mana aku dapat tajuk kajian.. dan kajian nie buka datang dari main supervisor aku... so situasinya macam aku baru nak kenal tajuk nie.. dan supervisor aku pun belum jelas lagi dengan tajuk kajian nie.. so sama-sama tak tau sepenuhnya lagi dar...

Langkah pertama phD..

Bismillahhirahmanirahim... Tanggal  22hb mac 2018 sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi UKM dengan status separuh sah dan tidak sah.. pelik x? pelik kan... kenapa gitu.. sebab yang jadi sah tak sah nya sebab aku dah dapat surat tawaran untuk sambung pengajian aku tapi aku buat penangguhan pengajian ke semester seterusnya... so pengajian aku bukan bermula sekarang..  next semester baru start.. dan sekarang aku dah ada di UKM.. Sebab pertama aku tak mulakan sekarang  1. sebab yuran terlalu mahal.. yuran dia hampir RM4k.. RM3994.. aku masih perlu kumpul banyak lagi untuk cukupkan jumlah tue.. masih memerlukan RM3K untuk memulakan pengajian so nak tak nak aku kena defer dulu pendaftaran untuk semester nie...  2. aku masih ada kelas tuisyen.. yup kelas tuisyen je yang mampu memyumbang aku sambung pengajian aku ... so nak tak nak aku kena tambah duit dari situ..  3. aku nak puasa and raya tahun nie dekat rumah dengan lebih lama sikit.. so next-next y...

Buka sayap..

Suatu ketika dua merpati terbang sejoli.. seiring mencari kehidupan dan halatuju yang tak pasti.. meneruskan perjuangan bersama-sama sehingga ke akhir landasan yang sama.. hinggalah kesuatu ketika.. fikiran dan keinginan sudah berlainan kata.. kepincangan mula menjengah huluan mereka.. memasing mula mencarian haluan yang berbeza.. dan keputusan akhir kami tak akan bersama.. kini.. merpati tidak sejoli lagi... memasing mula mencari haluan sendiri.. haluan yang pasti tak akan bersama lagi.. lebarlah sayapmu wahai merpati.. teruskan mencari apa yang kamu ingini.. setiap masa yang dilalui.. mempunyai makna-makna yang tersendiri.. teruslah mencapai cita-cita yang kamu ingini.. insya allah tuhan membantu dan haruslah kau hargai... Perpustakaan Tun Seri Lenang 12:02 24032018 prepare proposal...

MyBrain PhD dan DELIMA...

Bismillah hirahmanirahim... Walaupun otak aku sekarang serabut dan serat dengan banyak benda nak difikirkan, tapi tangan masih gatal untuk datang dan menaip disini... Still in progress and process penyambungan pengajian.. Mybrain15.. 31hb mac nie tarikh tutup pemohonan.. dalam masa yang sama UPM ada juga duduk hantar aku senarai-senarai biasiswa lain antaranya salah satu biasiswa yang menjadi impian dan cita-cita aku sebelum nie.. yang menyebabkan aku ambil keputusan sambung pengajian tahun nie iaitu biasiswa sime darby..  kenapa aku suka sangat nak biasiswa sime darby, pertamanya sebab elaun dia tinggi.. sebulan aku boleh dapat RM2300 untuk elaun sara diri, yuran dengan thesis asing pula.. so memang sedap la.. lepas tue pulak yuran PhD UPM setakat nie aku tengok antara yang paling termurah dalam semua Research Universiti.. so aku rasa macam sayangnya tinggalkan UPM dah la banyak koleberasi dengan banyak badan besar dalam pertanian... so banyak la biasiswa mahal-mahal ditawark...

Future plan PHD

Al kisah minggu nie... baru rancang nak sambung phd.. minggu nie rasa berat kepala dah... adoihhh..  sebelum nie, duk berkira-kira juga.. awatlah lambat benar MyBrain15 nie nak buka scholarship.. then minggu nie dah buka aku rasa berat kepala sendiri pula confius nak isi yang mana... Doc bad tak conform lagi stay di UPM atau ke UKM.. manakala doc baru tue suruh aku sambung di UKM.. ambil study dalam lab yang lebih menjamin kerjaya bagi perempuan..  doc bad aku tak sembang banyak la sebab aku dah tau dah hala tuju dia nak letak aku kat mana... artificial caterpillar.. doc baru diet artificial... omg.. mana satu ni, mana satu nak pilih.. berat kepala aku.. so rasa macam nak tidur awal.. hahaha.. aku teringat lagi life master aku... kalau aku stress ke haper ke.. xtau macam mana nak handle nak selesaikan.. satu benda jew aku buat waktu zaman master... iaitu tidur.. hahah penyelesaian yang tak berkesudahan... geheee... aku berkurung dalam bilik dan aku tidur... ta...