PKPBD ke2 Sabah & PHD
Assalamualaikum.. Kalau diingatkan sesi lepas PKP aku ada di kampung sempatlah marathon manga, anime, menternak kucing sapa-sapa datang rumah dan siap kemaskan bilik belakang untuk dijadikan bilik beradu aku di kampung. Tapi berbeza untuk PKP fasa dua, kali ini aku berada di rumah sewa aku di Angkasa Apartment, KK, Sabah dan septatutnya awal oktober hari tu aku dah masuk ke rumah felo kampung E. Tapi terpaksa aku tangguhkan disebabkan kereta aku meragam, dan tiada berteman disana sebabnya dapat rumah sebuah untuk aku sorang jadinya aku stay je la dulu di Angkasa memandangkan aku masih menyewa bulan ini. Bercerita berkaitan PKP kali ni apa aktiviti aku. Bagi aku tak banyak beza sangatlah sebabnya aku sememangnya suka berkurung dirumah. Jadi aktiviti aku pun macam biasa. Malam aku try untuk baca paper dan menulis untuk chapter 1 thesis, paper aku masih struggle disebabkan dah lama tinggalkan dan kadang-kadang aku mengadap sampel-sampel semut yang mana dari awal-awal lagi SV aku dah ...