Pembantu penyelidik
Assalamualikum..
Hanya nak cerita pengalaman position aku sekarang ja. Minggu ni masuk minggu ketiga aku bekerja. Projek ni besar sebenarnya under kementerian kesihatan berbanding dengan bidang aku, ekologi ataupun bahasa mudahnya conservation atau pemuliharaan alam sekitar. Tapi bidang kesihatan ni lebih mendapat tempat di mata masyarakat dan untuk penyelidikan lebih banyak. Walaupun hakikatnya kalau alam musnah, hidup kita pun akan musnah. Tapi semua tu dalam jangka panjang jadi orang tak pandang. Selagi boleh musnah alam, musnahkan sampai suatu masa manusia akan rasa akibat daripada rakusnya diri.
Berbalik kepada kerja aku sekarang. Walaupun aku ke bidang kesihatan tapi skop kajian aku masih lagi bertumpu kepada serangga. Kalau dalam bidang persekitaran atau ekologi aku fokus pada bilangan atau individu spesies serangga pada perbezaan kawasan kesan dari pembukaan hutan. Tapi dalam bidang kesihatan ni, aku lebih fokus kepada populasi nyamuk, jenis-jenis nyamuk yang membawa penyakit berjangkit dan diet nyamuk tu sendiri apa yang dia makan. Dan apa yang paling menarik aku belajar disini ialah kau boleh detect diet seekor nyamuk tu dari dna darah yang dia hisap. Terus aku excited nak belajar dan tengok. Menarik sebab ni benda baru pada aku. Sebab aku tak ada pengalaman dalam genetik jadi aku interest untuk tahu.
Bila aku dapat offer projek ni, aku berminat sangat untuk belajar secara mendalam sebenarnya. Sebab bidang genetik semakin berkembang sekarang dan kos dia sangat tinggi kalau tanpa geran. Alhamdulillah dengan kerja ni sebenarnya aku berbayar dan belajar dengan percuma.
Tapi lepas raya ni aku keluar collect sample. Sebab spesifik kerja aku buka lab tapi lapangan sebagai position aku sebagai field coordinator jadi aku punya tugas banyak di field. Tapi bila balik center aku tak ada kerja sangat selain key in data. Jadi time tu la tugas aku kacau dan tengok kerja-kerja lab yang lain dan belajar. So siapa bidang genetik disini hai sikit.
Masih di kolej kesayangan.
Dah kerja sebagai RA
Post Doc bila lagi? tunggu la kita belajar deep sikit bidang genetik ni ya. Baru kita apply.
Aku sangat berharap ada rezeki aku dalam bidang ni dan dapat belajar dengan lebih mendalam lagi dalam bidang genetik dan serangga ni. Insya-Allah, doakan aku.

Comments
Post a Comment