Salam Merdeka 2026
Assalamualaikum..
Selamat Hari Merdeka yang ke 69 tahun!
Apa aktiviti you all harini. Aku, tak balik cuti di kampung sebab cuti tahun ni tinggal 2hari je lagi. Masih di bumi bawah bayu dan start jerebu teruk. Hasil seni Kalimatan. Panasnya pun boleh tahan. Tpi bestnya sekarang student undergrad tengah cuti sem. Jadi blok sekarang aku yang punya. Housemate pun semua cuti. Di bilik aku sekarang semua kipas yang ada aku pasang. Lampu tutup sebab panas sangat.
Masa berlalu dengan cepat. Habis dah bulan ogos. Tapi kerja aku semakin bertambah. Selain Prof suruh pantau app baru center kami, iaitu app gigitan nyamuk, Prof suruh juga aku jadi ketua editor untuk majalah center kami. Stress aku. Tiba-tiba kena petik nama. Esok dah masuk bulan 9. Ada berapa bulan je lagi. Sudah la aku jenis tak suka push orang dan suka buat hal sendiri. Terus la macam arghhhhh!!..
Fuhss.. esok try la bincang dengan yang lain.
Aku nak tunjuk program aku yang dah selesai. Minggu lepas lepas aku ikut sensei kutip larva nyamuk untuk simpan. Minggu lepas pula aku buat program dengan satu sekolah berkaitan kesedaran hari nyamuk sedunia, pencegahan dari malaria dan kesan perubahan iklim dari penebangan hutan. Yang bestnya student sekolah bagi feedback positif. Dimana diorang dapat ilmu baru dari program kami. Aku share la program kami. Untuk kenangan akan datang. Program ni adalah sebahagian daripada geran projek penyelidikan aku. Aku bukan mastermind projek yea just research assistant merangkap field coordinator untuk projek ni. Masih kuli-kuli. Ikan bilis lagi.
Lepas buka semua kipas dalam bilik aku. Tiba angin sejuk menyapa. Alhamdulillah. Hujannnn.....
Bumi bawah bayu 9:43pm 31082026
Masih di kampus terchinta...

Comments
Post a Comment