Posts

Agropreneur Muda

Assalamualaikum.. Hai, next month aku dah tinggalkan negeri bawah bayu dan kembali ke negeri aku, jelapang padi. Kalau ikut rasa sedih sangat sebab dah 7 tahun aku disini. Phd aku pun dah nak habis. Tinggal submit satu paper kajian ja lagi. Thesis viva semua dah settle. Jadi mula semula fasa-fasa mencari kerja. Adik aku ada post kekosongn di tempat kerja dia iaitu Bizlink. Kerja lebih kepada pengurusan pejabat dan kejuruteraan dalam elektronik. Aku pula rasa sayang dengan bidang aku sekarang, lama dah bergerak jauh dalam bidang ni iaitu pertanian dan perhutanan. Aku minat tanam -tanam pokok tapi aku tak suka kena panas. Hhahaha. Aku tak tahu bila aku bakal dapat kerja jadi pensyarah atau tidak langsung. Tau weh tak nampak masa depan. Aku ingat aku nak cari kerja di bahagian pertanian. Tak kisah la jaga nurseri ke kilang baja ka asal aku dapat ilmu. Sebab aku fikir, mak ayah dua-dua ada tanah. Ayah tinggal tanah pada kami adik beradik berhekta-hekta. Masing-masing ada bahagian. A...

Temu duga oh temu duga..

Hai Assalamualaikum.. Hari ni aku nak bercerita berkaitan temu duga. Situasi aku sekarang, alhamdulillah di beri pengalaman menjadi penemu duga dan ditemu duga. Kedua-duanya pun aku pernah rasa. Sebagai ditemu duga siapa tak pernah rasakan, waktu tu tahap mendebarnya macam nak terkeluar jantung. Padahal kalau dilihat balik bukan penemuduga nak makan kita pun. Tapi takutnya tu, YA Allah. Bukan apa, takut tak dapat jawap soalan yang diberikan dan takut tersalah menjawab soalan. Orang selalu cakap confident ja bagi jawapan, insyaALLAH dapat. Tapi kita selalu tergagap-gagap disebabkan point di atas. Tambahan pula bila nervous, terus hilang segala jawapan yang kita nak bagitau tadi. Padahal kita tau ja jawapan tu. Bila duduk sorang-sorang, mula la jawapan-jawapan tadi berterbangan di minda sedangkan waktu temuduga tadi tak dapat jawap. Itu pengalaman aku bila masuk interview. Tapi sebenarnya jawapan kita bagitau tu, tak ada betul dan salahnya. Tapi kita takut, takut kemungkinan untuk di t...

Temuduga pensyarah

Assalamualaikum.. Hi tiga orang yang baca post aku tadi. Aku harap tuhan hilangkan fikiran-fikiran negetif aku pada keluarga aku. Moga aku kuat dengan cita-cita aku dan teruskan usaha aku hingga dapat. Moga cepatlah doa aku termakbul untuk aku dapat kerja sebagai pensyarah. Sekarang aku masih di uni aku. Di negeri bawah bayu. Bulan lepas aku dapat panggilan iv sebagai penyarah di universiti aku dulu. Co-sv aku masa aku master dulu dah naik sebagai ketua jabatan dan kebetulan aku dah settle viva semua aku hantar resume aku pada dia kebetulan ada kekosongan di fakulti lama aku tapi bukan bidang aku belajar sekarang la. Jadi aku just cuba nasib bila di panggil untuk turun interview di universiti lama aku. Jadi aku turun la. Kebetulan juga aku nak belajar analisis dengan sv lama aku jadi aku stay sana seminggu. Cuti sem lagi so aku decide menyewa je kolej memudahkan aku bergerak ulang alik kolej fakulti sepanjang seminggu disana. Begitu la secara ringkas aku punya intinery perjalanan s...

Belajar lah. Ilmu bukan dogeng kosong.

Assalamualikum... Aku nak bercerita berkaitan housemate aku. Dia student phd bidang geologi. Sama dengan aku, kami asyik mengeluh berkaitan dengan bidang kami dan kerjaya yang ibarat orang tak pandang kami. Dugaan belajar tinggi ni sama tinggi dengan level dia. Lagi tinggi kau belajar lagi terhad bidang kerjaya kau nak masuk terutamanya di Malaysia. Dia pernah pergi interview Suruhanjaya perkhidmatan awam baru-baru ni jawatan Q41 pegawai sains geologi tapi kena reject sebab ada phd. Aku dulu pun pernah juga kena ayat yang sama interview penolong pegawai kurator kena reject sebab ada master. Kata penemuduga tu "Kamu tunggu la jawatan 41. Ada rezeki kamu ada la" tapi sampai sekarang nak habis phd dah pun belum ada. Tambah dia bercerita lagi, bidang dia sudah la terhad berapa universiti ja ada bidang geologi. Pemintaan pelajar untuk bidang ni pun dah tak ramai. Mungkin sebab peluang pekerjaan yang terhad, orang tak nampak dan yang ada pun banyak yang dah lari keluar bidang. ...

KAKAK

Assalamualaikum... Post harini aku nak bercerita berkaitan kakak aku. Sebelum ni aku pernah cerita berkaitan ayah, abang dan kali ni aku nak bercerita berkaitan kakak. Disebabkan aku anak ketiga daripada lima beradik aku hanya ada sorang abang dan sorang kakak. Aku datang ni pun sebab aku teringat pengorbanan dia waktu kecil dulu dan disebabkan kecomelan anak pasangan akak klate tu kawen dengan orang German. Anak dia dua-dua perempuan dan tak berhenti bercerita antara satu sama lain. Begitu la aku dengan kakak aku dulu kecil-kecil. Bayangkan setiap malam kena marah dengan ayah sebab banyak betul bed time story . Patu ayah tegur dari bilik sebelah " Tidur la esok sekolah" sebab ruang bilik kami dan bilik mak ayah ada ruang sikit yang boleh dengar kalau berborak. Kalau bercerita berkaitan waktu kecil dulu atau zaman kanak-kanak, sebenarnya aku banyak menghabiskan masa dengan dia. Mak dengan ayah busy kerja. Cari duit dengan pelbagai cara, motong getah, buat sawah padi, jual...

Hijrah.

Assalamualaikum.. 2018 hingga 2024 aku ada di Kota Kinabalu, Sabah. Aku rasa kali ni aku ready untuk hijrah ke tempat baru. Aku tahu aku selesa disini. Ada view yang cantik, laut yang tenang, rumah free, kemudahan wifi dan sebagainya. Tapi aku nak bina hidup aku dalam suasana yang lain pula yang masuk dalam alam pekerjaan dan mungkin yang ada teman bersembeng berkongsi pendapat. Enam tahun cukup untuk aku timba ilmu di Sabah dalam pelbagai keadaan. Aku tak tahu la aku rasa penat ke burn out ke. Tapi ak nak kehidupan yang lain. Mungkin sebab aku penat dengan kehidupan tiga kerja aku. Dulu aku rasa aku suka mengajar tuisyen. Sekarang aku rasa penat untuk mengajar tuisyen. Tak pasti kenapa. Aku rasa penat dengan komen-komen orang. Bila melepak dengan geng-geng felo pun aku rasa penat bila aku dengar diorang kondem-kondem orang lain. Padahal sebelum ni aku ok je, aku tak kisah pun. Tapi sekarang aku rasa penat semua benda. Aku suka duduk sorang-sorang dalam bilik. Aku suka nak jalan so...

Hello August...

Assalamualaikum.. Helo 14 orang yang rajin tengok post aku. Welcome back in august 2024. Actually in one month back is really stressful month dengan macam-macam keadaan. Disebabkan begitu stressnya hidup aku bulan lepas. Aku boleh hidup dengan hanya rm35 dalam akaun bulan lepas. Sebab rasa mcm menyampahnya dengan pusat tuisyen yang aku mengajar tu, sampai xsempat nak ingat duit dalam akaun dan stressnya untuk aku siapkan thesis correction dalam hanya satu bulan dan macam-macam lagi la. Check rambut tadi uban dah bersepah. Ya Allah dengan cabarannya bulan ni aku harap sangat ada mana-mana kerja yang stabil aku dapat dan tanpa environment yang toksik. Penat weh.. Tak mampu menahan diri. Either aku direct terus ja marah orang tu atau aku duduk diam-diam ja dalam bilik aku buat kerja. Itu la julai aku lepas. Untuk release semua stress tu aku pergi jogging. Jogging + check blok 5 tingkat x 5 blok (for two days) then i got muscles stress pula. Sebelumnya orang yang stress sekarang muscl...