Posts

Showing posts from August, 2009

rEnunGaN bErsAMa : 10 pEminTAan iBlis

Image
IBLIS yang dilaknat Allah SWT terpaksa bertamu kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendedahkan semua rahsia yang dikehendaki baginda. Berikut adalah bahagian akhir jawapan makhluk laknat kepada setiap soalan baginda Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis berapa yang dimintanya daripada Allah SWT. Iblis menjawab 10 perkara lantas baginda bertanyakan apakah perkara berkenaan. Makhluk laknat itu menjawab: “Aku minta agar Allah SWT membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Dia mengizinkan. Allah SWT berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janji mereka tidaklah janji syaitan kecuali tipu daya,” (Al-Isra:64). “Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah SWT. “Aku minta supaya Allah SWT membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan-Nya maka syaitan ikut bersamanya dan a...

:: akU daN ciNtku::

Image
cinta... hurmmm.. terlalu besar cintaku ini.... aku sebenarnya begitu berminat untuk menjadi penyelidik atau saintis... bukan lagi sebagai cita-cita... tetapi aku begitu mencintai kerjaya tersebut... memang itulah harapan aku sebelum ini... dan sehingga kini aku masih mengejarinya... walaupun kini aku berada di universiti... sememangnya dari kecil aku meminati subjek sains... sehingga kini aku berada dalam bidang perhutanan kerana ingin menjejaknya... mampukah aku memilikinya... sekarang aku berada di dalam bidang perhutanan... aku mempelajari ciri-ciri pokok, sifat pokok, habitat pokok... bukan itu saja.. aku turut didedahkan penyakit pokok serangga perosak menyebabkan kerosakan dan pelbagai agi mengenai tumbuhan... aku terlalu berminat untuk mendalaminya dengan lebih lanjut... sekarang aku didedahkan.. tapi suatu hari nnt aku berharap aku dapat mengunakan pendedahan yang diberi... aku dapat mencari segala ubat-ubatan daripada pokok yang aku pelajari... aku juga mampu mengetahui punc...

..:: keMbali n0rmaL ::..

Image
alhamdulillah... start esok aku dah boleh stay kat bilik aku sendiri.... hurmmm bahagianya (walaupun room mate still batuk2 n selsema) .. aku memang nak sangat balik ke bilik... sebabnya keselesaan hanya di bilik sendiri jew.. dengan barang2 sendiri.. walaupun semewah mana barangan orang lain... memang dah lama aku nantikan saat untuk pulang ke bilik walau pun tempoh kurantin blok aku akan tamat hujung minggu depan .... hihihi.. ( buat kepala sendiri balik blok).. hahaha... tadi aku dah start masuk bilik.... kemas2 bilik apa yang patut.... segala suiz lampu, kipas n tombol pintu semua aku sembur anti bacteria DETTOL...( yang sememangnya aku pelanggan setia dettol, hampir smua produk dia aku ada) sekali dengan pili tandas n tandas2 skali aku cuci dengan dettol.. hahaha... bilik pantri jew aku tak sempat nak simbah dettol cz dah abis satu botol aku guna utk cuci termasuk la pakai aku... ( bilik pantri sempat cuci batang paip jew..) hohoho... bak kata kawan sebelah bilik... kalau boleh m...

pE hAl deNgan aKu niE????

Image
Argghh.... tension nyer... kuliah dah start buka esok.... asgmt and report satu aper pun x siap agi.... cam mana nie formula pun aku x faham cam mana nak guna, nie kan pula nak buat pengiraan... mati la aku cam mana aku nak siapkan asgmnt aku yang satu nie... asal tanya jew smua org RELAX, x buat agi... amboi mudah nyer diorg cakap... x tau ker hari rabu nie dah nak kena antar... banyak agi kerja lain nak kena buat, boleh agi nak relax2... tension nyer.... huhUuuhUu.... mengapa erkk?? mengapa ini semua harus terjadi... malas aku pun semakin menjadi-jadi sejak 2 3 ari nie... malas nak buat semua kerja... sebabnya aku x faham dan automatik jadi tak berminat dengan semua kerja dan last skali, internet la aku layann.... huhuhuh.... Astafirullah al azim... aku x tau apa nak jadi dengan diri aku nie... rasanyer smua iblis dah kena rantai, tapi diri aku x sedar-sedar ahi nak jadi budak baik... semakin malas ada la... WAKE UP 222... sedar dari mimpi nyata.... bangun BUAT YANG TERBAIK... kata ...

aku...aku.. dan aku....

Image
bagi aku.... aku manusia yang memang aku sendiri susah nak faham.. entah... entah apa yang tak kena mengenai diri aku.. . . kadang2 aku suka berkawan... dan kadang2 aku suka berada bersendirian... pelikkan.... memang pelik.. dan sometime aku rasa terlalu rimas kalau berkawan... kenapa yerk???? hurmmmm..... mungkin sebab aku tidak suka apabila terlalu didesak kot... dan mungkin aku tidak suka orang sikap diorg juga yang membuatkan ak u terasa dalam senyap... sekarang aku rasa lebih selesa bersendirian... sebabnya aku x suka bersedihan memikirkan sikap diorg terhadap aku... walaupun aku tidak pernah menuturkannya... tapi aku mempunyai perasaan untuk merasainya... kadang2 aku terfikir... pernahkah mereka terfikir akan apa yang mereka lakukan.... adakah mereka menyedari setiap tidak tanduk mereka membuatkan hati org lain terl uka... aku tak pernah menginginkan perkataan MAAF dari mulut mereka... kerana per kataan itu bagiku cukup mudah untuk dituturkan.. MAAF... bagik...

ahlan wa sahlan al mubaraq....

Image
Pejam celik, pejam celik dah tiga tahun aku menyambut bulan yang mulia di kampas hijau nie... memang sekejap sangat masa berlalu... rasanya baru semalam aku menjejak kaki dan first time aku berpuasa jauh dari family... dan hari nie dah masuk tiga tahun aku x berpuasa dengan family... dan confrom juga la raya nie pun x beraya dengan family... cepatkan masa berlalu... meninggalkan kenangan lampua kita dan membuka dairi baru untuk kita lalui pada hari ini.... dan hanya tinggal satu semester agi ... kampus hijau yang permai nie juga bakal aku tinggalkan dan melalui hidup baru di kawasan yang baru... AAaaa.... sedihnya... aku bakal meninggalkan kenangan aku selama berada disini... beraya di kejauhan dari family ( anak perantau) membiasakan diri dengan keadaan baru dan kegaya baru kerana berlainan tradisi dan adat resam.... sedihnya... tapi apa2 pun aku berbangga kerana dapat merasai dan melaluinya disini... ALLHAMDULILLAH... Bila sebut mengenai puasa, itu merupakan kewajipan bagi umat islam...

H1N1 mElanDA.....

''jangan ingat walaupun anda di pelusuk dunia dia x mampu mengejar anda''... hurm cam tue la kehidupan kitorg sekarang... walaupun tinggal nun ditengah hutan ( hampir la) H1N1 mampu disebarkan masuk ke kawasan kampus hijau nie... sekarang nie keadaan ktorg macam dah diserang dengan satu makhluk yang kita sendiri musykir iaitu selsema babi (walaupun dah banyak artikel dah didedahkan)... mana x nyer... ktorg just disyaki jangkiti apabila suhu badan meningkat tinggi dan akan dikuanritin dari semua pelajar lain dan ditinggalkan di blok yang sama dengan pelajar2 ain yang sama-sama demam (tapi sorg satu bilik la).... kalau nak dipersoalkan mengenai benda tersebut banyak nak dipersoalkan namun, kejadian tersebut membuatkan kita lebih berhati-hati dalam setiap masa dan ketika.. kronologi keadaan>> baru je start cuti kuliah (cuti pertengahan semester).. sememangnya dah terheboh pun kolej2 dan universiti2 lain diserang H1N1 tetapi ktorg masih selamat di Kampas Hijau yang pe...

DiTindih ketika TIDUR...

Image
Semua orang biasakan berasa kaku ketika tidur atau dalam ertikata lain ditindih ... hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya yang pernah aku dengar adalah disebabkan perjalanan darah x lancar, darah kotor, roh x sempat nak masuk badan and pelbagai lagi.. namun begitu risalah terbaru yang aku baca dari paper ari nie menunjukkan kelogikan fakta yang sebenar mengenai masalah nie... Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital). Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halus...

Alam Oh ALAM....

Hari nie dah masuk hari ketiga kampus aku mengalami jerebu... masalah kesihatan student x yah nak cakap la macam mana.... demam , batuk , selsema tue perkara biasa bagi student... tapi alhamdulillah la, setakat hari nie kampus nie tak de agi masalah H1N1 yang melanda negara nie sekarang.... itu lah yang selamatnya...because sekarang nie dah banyak kampus yang dah ditutup dan di kuarinti disebabkan influanze nie... ktorg diketogerikan dalam keadaan selamat la... tapi yang tak tahannya... huh.. masalah cuaca dan alam sekitar kat sini... mmg dah tahap teruk gila... kalau keluar dari kampus je.. semua dah start pakai mask... nie semua disebabkan oleh letupan yang berlaku kat MLNG... logi kat tempat proses petroleum meletup... patut la... ntah macam mana agak nyer keadaan penduduk yang tingga berhampiran tue yerk???/ kalau betul seperti yang dikata... nie dah masuk kala yang keempat letupan tue berlaku.... bahaya kan ... memang menakutkan... tahap kepanasan kat sini ...huh x yah nak cakap...

ASSALAMUALIKUM....

hurmmm... nie adalah first time aku tulis blog nie... cz dah lama aku buat blog nie tapi x berani nak meluahkan isi.... tapi disebabkan dah berkali-kali aku buka blog nie.... nak pula rasanya meluangkan masa bersama blog nie... al maklumlah... hari nie kan cuti hujung minggu ... boring lak x buat apa kat bilik... nak study pun malas.. cz biler baca jer, kepala nie x dapat nak absorb langsung apa yang aku baca... then apa agi... aku pun tutup buku la dan cari something yang boleh aku buat untuk menghilangkan boring nie... huhuhuhuhu....nak jalan-jalan pun balas.. cz aku dah boring asyik lihat ragam manusia yang agak entah apa2 ntah... yang agak menyakitkan kepala aku 2-3 ari nie.... jadi malas nak jumpa dengan insan-insan nie buat masa sekarang .... n most better aku duk je kat bilik, buat hal aku.... huhuhuhu.... aku secara simple nyer, agak suka berkongsi pendapat dengan orang... tetapi agak kaku lidah untuk menuturkannya... tapi kalau cara menulis dan chat memang lancar nyer lah... u...