Posts

Kuarantin dan gelang putih

Assalamualaikum.. Kalau awal raya hari tu Ismail Sabri ada buat pengumuman untuk pelajar diberi kebenaran pulang beraya di kampung. Pada masa yang sama, sebenarnya kami as felo di kolej ni faham juga bila diumumkan kebenaran tu. Dimana, inilah masanya untuk suruh pelajar-pelajar menetap terus dirumah jangan balik kolej lagi supaya dapat kurang kapasiti pelajar satu. Keduanya, takut pkp dalam kampus lagi. Banyak hal nak kena handle, nak-nak stress para pelajar. Jadi kebanyakkan pelajar kami nasihatkan untuk tinggal je di rumah. Semester depan mohon balik kolej. Dalam masa yang sama, pelepasan yang menteri keselamatan bagi tu, aku ambil la peluang sekali. Dah 8 bulan kot tak balik kampung. Selalunya 6 bulan je. Dah puas balik beraya, waktu hari swab test nak balik kampus. Aku dah start rasa tak sedap badan. Malamnya aku rasa panas badan. Tekak perit sangat. Ni tak lain, xbukan berjangkit dari kakak aku. Ia la, dia balik raya hari tu sampai nak cakap pun tak ada suara. Sampai mengigil...

Ipad 8 Generation

Image
Assalamualaikum, Korang tahukan aku baru beli laptop dan jadi bubble-bubble bawah laptop tak pasti kenapa. Dengan kerja banyak sekarang dan aku risau juga situasi laptop aku sekarang, walaupun tak ada ragam dan hanya bubble tu je. Jadi aku decide nak bawa laptop pergi acer service untuk check. Disebabkan kerja banyak yang tak pernah nak settle juga, aku rancang juga untuk beli tablet. Memandangkan aku ada sikit simpanan, aku rasa cukup kalau aku nak beli tablet untuk kegunaan aku dan au rasa kalau busy dengan aktiviti luar tak perlu lagi aku bawa laptop ke sana-sini. Hanya bawa tablet dah cukup. Kebetulan juga waktu tengah aku fikir-fikir adik aku bercerita berkaitan package apple student yang di keluarkan oleh apple sendiri. Bila aku tengah harga Ipad time tu, aku rasa ok juga cukup dengan simpanan aku dan boleh la dengan harga dia tak mahal seperti phone-phone dari brand apple tu sendiri. Selepas di tilik dan diperiksa aku dapati harga biasa dan harga student lebih kurang RM200 l...

Laptop

Image
Assalamualikum, Ingat malam ni nak bercerita berkaitan projek kajian aku iaitu semut, macam mana proses aku jalankan dan aa yang aku buat. Tapi bila nampak keadaan laptop aku sekarang, terus tukar topik dan nak cerita berkaitan laptop aku sekarang. Sebelum pkp pertama tahun lepas aku sempat beli laptop baru. Ye la kan, laptop acer aspire aku tu guna hampir 10 tahun dari zaman aku tahun akhir diploma sehingga la aku master sambung buat phd still guna dia. Walaupun waktu master ada rancang-rancang nak tukar laptop, tapi lepas format upgrade sikit memory , ram, cuci kipas semua laju balik laptop lama tu terus tak jadi nak tukar. Kalau ikutkan hari tu pun xbanyak juga la ragam dia, problem dia just skrin dan keypad. Aku dah tukar pun. Sekarang laptop lama anak buah aku yang guna sebab diorang sistem pembelajar dari rumah diorang sekarang perlu benda-benda tu semua. Elok juga la aku beli baru kononnya nak selesa sikit aku menulis dan buat kerja. So aku decide untuk beli acer juga tapi y...

Berkebun

Image
Assalamualaikum. Actually tak ada mood aku nak menulis hari ni. Mengantuk sangat dari semalam belum tidur lepas identify semut rancang nak tidur pukul 2 tu, sekali terlayan cerita korea ' I pick a star from the street' sampai ke subuh. 10 episod aku dapat layan cerita sampai habis guna 2x speed, faham juga jalan ceritanya dan habis. Lepas subuhnya konon rancang nak tidur la, sekali terasa diri sendiri busuk pula pergi la mandi dulu then baru rancang tidur. Time mandi tu sekali harung basuh baju, lepas basuh baju siramkan la sekali pokok-pokok diluar alang-alang ampai baju. Selepas siap siram pokok, sidai baju kemas la sikit rumah sapu-sapu. Time ready nak tidur sekali, management kolej mesej nak datang baiki lantai rumah hari ni. Dan padahnya sampai sekarang la aku tak tidur. Kalau nak suruh aku id semut time ni atau baca paper jangan harap la. Memang nak muntah aku rasa bila tak cukup tidur ni dan nak buat kerja-kerja lain. Jadi sambil tunggu diorang buat kerja aku pikir baikl...

Sindrom wanita single

Image
Assalamualaikum. First sekali aku nak cakap kat sini. Aku tak suka gila templet hat penulisan blog sekarang ni. Apa jenis pun aku tak tau. Menyusahkan ja aku rasa. Nak tengok lebih-lebih kat sini pun tak boleh. Terpaksa juga aku buka blog sebenar baru sedap sikit mata memandang. Kalau dak duk keluar tulisan hijau, merah error kiri kanan. Sakit pula mata aku tengok. Ok habis dah apa yang cik nak beleteiq. Back to story sebenar hat nak bercerita.... Sindrom wanita single. Aku tak tau la perangai ni aku boleh dari mak aku ka atau macam ni perangai perempuan bila depa duk besa hidup sorang-sorang. Perangai dia ialah jenis hang rasa rimas gila bila ada orang yang asyik nak mengikut bontot ang. Sebab sebelum ni aku duk bisa duk rumah sewa, masing-masing buat hal sendiri. Hang nak bangun pukul berapa ka, ang nak makan apa ka, ang nak p mana pun tak ada orang kacau nak tanya ang p mana. Tapi walaupun macam tu aku dekat rumah sewa dulu, kami still tau juga mana kawan-kawan rumah kami p. Ant...

Komitment bulanan

Assalamualaikum.. Bila dah masuk kolej, komitmet kewangan aku alhamdulillah dah banyak kurang. Dari sebelumnya bilik sewa dah RM450 sebulan, internet lagi RM 103, phone RM35 plan unlimitad internet celcom, RM 30 Tunetalk (tapi kekadang je top up sekadar hidup no), minyak kereta RM150 sebulan dan last aku ambil insurans diri rm100 sebulan. Jadi bulan-bulan dah RM800 aku kena wajib bayar tak masuk lagi yang kekadang gatal tangan layan netflix tambah lagi RM35,jadi bulan-bulan hampir RM900 dekat separuh elaun juga la bayar itu ini. Tak masuk lagi gila online shopping di lazada. Itulah masalah aku. Aku harap bila masuk kolej ni aku dapat la jimat cermat dan buang perangai-perangai suka shopping aku tu. Teruk betul. Hari ni aku dah berjaya terminate internat bill aku iaitu yes. Bagi aku setakat aku pakai ok la coverage dia. Di kampung pun ok di rumah sewa aku pun ok. Sebabnya rumah sewa aku dulu di Angkasa Apartment tu sangat teruk coverage internetnya. Phone aku mana dapat sangat line ...

RUMAH FELO: Offically tinggal di kolej

Image
 Assalamualaikum... Masuk hari ni sebenarnya dah 18 hari aku tinggal di kolej yang mana sebelum ni pernah aku cakap aku dapat sebuah rumah di tingkat atas yang mana aku seorang. Disebabkan sekarang Sabah masih dalam Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB) dengan kes positif hari ni masih dalam beratus jadi belum pasti bila akan tamatnya perang dengan  covid 19 ni. Oh ya, 17hb hari tu adalah hari ulangtahun covid yang mana kes pertama yang dicatatkan di Wuhan China. Setahun sudah kes dia yang membawa macam-macam cerita pada dunia dan mengubah gaya hidup manusia daripada bersosial bersua muka kepada sekarang fokus pada teknologi dan berhubung secara maya. So keuntungannya sekarang perniagaan  online dan apa sahaja pekerjaan yang melibatkan maya dan teknologi sekarang semakin naik dek kerana covid juga. Manakala manusia yang jauh daripada sistem teknologi dan dunia maya semakin terasa terhimpitnya disebabkan oleh pendemik covid 19 ini. Ok hari ni aku datang bukan  nak cerita...