Posts

Showing posts from May, 2013

Kau suka aku??

Image
B I S M I L L A H IR R A H MA N I R RA H I M. . Cerita kali nie tak refer pada sapa2 pun.. tak ada kena mengena dengan sesiapa jua.. tapi bila hati terdetik.. nak bercerita juga.. walaupun hakikatnya..  "kau patut cerita lebih-lebih kat thesis kau tue.. belum siap lagi writing.. apa nak jadi nie.. cakap nak sambung master... tapi writing FYP pun malas.. so.. how la nanti kan" (dah start membebal macam mak nenek jap)...  "ok nanti aku start awal writing aku.. bila sambung master.. nie fyp.. aku tak nampak progress lagi.. sekarang baru nampak cam mana nak buat.. tue yang lambat... tapi master nanti.. guna method sama.. site sama.. beza sikit.. buku dah ada.. sumber dah ada.. so banyak senang.. insyaallah aku boleh start writing awal.. don't worry.." (bermonolog jap... ok tue semua jawapan penyedap hati aku.. harap2 menjadi untuk start awal.. jangan tetiba addict anime aku datang sudah la.. habis kerja aku tak berjalan..)  apa tajuk kita tadi.. oh s...

Terjebak ke kancah kegilaan...

Image
B I S M I L L A H IR R A H MA N I R RA H I M. . aku nak cerita aktiviti gila yang aku addict.. bila dah dapat.. masyallah.. macam susah nak renggang.. bab mengilanya sampai ayah aku tengok pun terus marah.. tak boleh berhenti.. gelak mengekek.. faham maksud gelak mengekek... maksudnya ketawa yang terbahak sehingga tak boleh nak berhenti.. kekadang tue hingga keras perut jadinya... mengalir air mata.. uhuh.. disebabkan oleh game jew pun.. tue yang ayah aku marah sangat tue..  nak tau apa permainan dia .. TALK TO TOM  aku rasa lucu bila si tom nie yang tiru apa kita cakap.. memang lucu.. tambahan pula bila  suara dia lagi lembut dari kita kan so.. melucukan la... kalau dapat dekat anak buah aku pula.. buka si tom nie jew kerja ketawa.. aku dengan anak buah aku pula lawan ketawanya..   di tiru pula si tom.. so sama2 tak berhenti la kan ketawakan..... tetiba rasa macam rindu pula nak bela kucing.. macam waktu kecil2 dulu.. kucing manja sanga...

Minggu terakhir sebagai pelajar DEGREE...

Image
B I S M I L L A H IR R A H MA N I R RA H I M. . Macam mana orang lain rasakan kebanggaan nak habis belajar.. aku pun nak turut sama la merasainyakan.. dah minggu terakhir weh.. study as a student degree.. proud to myself.. sebab mampu bertahan.. dalam susah senang sebagai palapes dan pelajar dalam tiga tahun nie... macam2 rungutan aku post juga kat dalam blog nie.. akhirnya.. aku berjaya juga tamatkannya.. tanpa berhenti di tengah jalan....huh..(lap peluh jap) walaupun hakikatnya banyak benda lagi tertangguh... belum settle.. tapi diri tetap nak rasa bangga jugakan... nak naik pentas lagi katakan.. kali pertama di UMS (tauliah palapes) dan untuk kali kedua di Dewan Besar UPM (degree pula after diplomakan) .. Rupanya.. sekejap jew masa berlalukan.. bukan sekadar belajar jew.. berlalu dengan pantas.. tapi didunia blogger juga.. dah 6tahun rupanya aku hidup dengan dunia blogger nie..  walaupun tak de penambahan friend's list.. tapi bangga la.. masih ada kawan-kawan yang setia memb...

Bakal kerjayaku..

Image
 B I S M I L L A H IR R A H MA N I R RA H I M. . Malam esok penentu segalanya.. kerjaya yang bakal aku pilih akan datang.. sepenuhnya aku berserah pada ketentuannya.. kehidupanku.. kerjayaku.. walaupun sebelum nie.. memang aku kejar sepenuhnya untuk sambung master.. phd.. dan sebagainya.. namun demi pilihan keluarga... dan ketentuan aku untuk berjaya dalam temuduga yang telah aku hadiri 22 MAC 2012.. aku berserah sepenuhnya kepada ketentuannya.. mungkin disitu letaknya rezeki yang lebih baik bagi aku.. sama seperti keputusan keluarga aku ada kerjaya dahulu.. cari duit sendiri dan bina hidup sendiri.. walaupun  diri ini masih dalam keadaan berbelah bahagi.. disebabkan itu aku berserah sepenuhnya kepada ketentuan illahi... pada masa yang sama.. cita-cita dan matlamat aku masih aku teruskan.. tak pasti selepas tarikh esok adakah ia masih diteruskan atau tergantung hingga disini sahaja.. namun aku akan cuba yang terbaik..  sama seperti apa aku lakukan semasa temuduga te...

Lembu punya susu sapi dapat nama

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. Menyingkap sikit pepatah lama... Lembu punya susu, sapi dapat nama... maksudnya orang lain berusaha, orang lain dapat nama.. bahagiakan orang yang dapat nama atas kesusahan orang lain.. sangat bahagia.. agak-agak susah senang orang yang berusaha tue.. dia ada ambil port tak untuk tolong.. kew sepenuhnya dia pandang tugas dia jew.. alik-alik dah dapat susu, bangga dengan susu hak kerja bersama.. suka hati senang.. sedangkan penat lelah lembu menghasilkan susu ada dia hirau.. ada sapi pandangkan banyak kerja lembu terlepas sebab nak hasilkan SUSU.. kononnya untuk hasilkan produk yang sama bersama sapi.. tapi last-last  lembu yang hasil produk.. sapi tunggu dapat nama jew la... kalau korang duduk pada perasaan lembu macam mana.. kecil hati tak??  kecil kan.. tapi mampu tak untuk berkata.. tak mampu... takut sapi takkan sedar.. sebab sapi sentiasa pandang dia membantu.. sedangkan lembu perit berusaha.. kekadang dah berkecil hati dah pun.. disebab...

Alam CiptaanNya..

Image
  AS S A L A MU A L IK UM .. korang rasa.. bila korang tengok gambar.. tanpa ada cerita.. korang faham tak apa yang dimaksudkan.. tapi tidakkan pada alam... kalau aku letak gambar sungai sebiji... pokok dan haiwan.. aku rasa korang dah mampu membaca maksud aku... dan korang pun dapat rasakan keadaan tue pada realitinya.. tenang dan mendamaikan.. indahkan ciptaan tuhan tue..   so jom kita hayatinya.. dan mengucapkan syukur.. Allhamdulillah kerana diberi peluang menghayati ciptaanNYA yang indah ini.. Alam tue sangat indahkan...

Malam penemanku..

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. Ayat nak tragis jew kan.. hehehe.. hakikatnya betul.. situasi sukar diubah.. habit aku kot nak jadi haiwan nocturnal kan berjaga  malam.. sekarang minggu-minggu rushing  nak antar thesis.. minggu depan macam mana pun dah kena submit.. tapi habit aku yang sukar diubah.. kekadang membantu kekadan tidak.. iaitu.. berjaga malam dan tidur siang.. memang nocturnal la kan.. bagai menjadi rutin.. aku akan tidur selepas subuh... dan bangun pukul 2 petang.. cam tue la kebiasaannya.. untung la duduk di kolej kan.. bukan dirumah.. kalau tak mau bising satu rumah.. tak da nya alasan kau tidur lepas subuh.. kau mampu untuk bangun lewat esok.. kalau tak, tak makan la ari tue sapa nak masak semuanya.. ok mak aku tak sekejam itu.. paling tak pun dengar dia bising jew.. kalau dia tak masuk office pagi tue.. kata mak aku, ala setakat report apa la sangat.. aduhai, mak!! tau la expert tentang tue..  tapi nasi lauk semua dia dah siap masak dan tinggal.. untuk ...

Bukti: Monyet dan Kamera trap..

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. hari tue aku pernah cakapkan.. monyet suka buat lawak depan kamera trap..  meh aku tunjukkan bukti dari ceritaku aku kerja di hutan bakau .. apa  monyet pernah  lakukan di hadapan kamera trap... salah satu bukti.. korang tengok.. Adohei..dia  main tekan2 lak kamera tue...

Mossy forest...

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. Hutan itu indah... apatah lagi bila kita menyelami keindahannya dan menghayatinya.. keindahnya lagi serlah terpancar.. begitulah cantiknya ciptaan tuhan.. sangat indah dan tenang.. kali nie aku nak bawa pula korang-korang pada satu hutan di Malaysia.. first tyme aku tengak rasa macam tak percaya jew.. betul kew hutan nie ada wujud di Malaysia.. yakin.. bukan di tempat lain.. sebetulnya hutan ini adalah di malaysia.. Mossy forest atau hutan lumut merupakan salah satu keunikan dan keindahan hutan yang terdapat di Banjaran titiwangsa.. dengan ketinggian 2039 meter dari aras laut menjadikan hutan tersebut sangat dingin dan lembab sepanjang tahun.. hal ini menyebabkan lumut dapat tumbuh dengan galaknya di kawasan tersebut..disebabkan kurangnya sinaran cahaya matahari.. pokok dan ranting juga dikatakan sangat kuat dan kukuh di kawasan ini... tambahan pula tanahnya bersifat menakung air menjadikan tanah tersebut adalah bergambut  disebabkan kurangnya pen...

Bekerja di Hutan Bakau...

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. kawan aku.. dah mulakan projek master dia di hutan bakau... tengok spesies hidupan liar kat katanya... projek nie percubaan pertama mereka.. untuk melihat kehadiran spesies disana.. diorang dah beberapa minggu disana.. mugkin hasilnya akan dilihat pada hujung bulan nie.. tempat dan lokasi adalah rahsia.. disebabkan perlu melindungi keselamatan camera traps yang mahal tue.. so.. keselamatan dan kerahsiaan adalah penting.. jangan marah.. hanya boleh tengok sahaja.. hehe~~ nie gambar kerja-kerja memasang camera trap.. ala.. macam dalam national geograph selalu guna tue.. untuk ambil gambar-gambar haiwan dekat hutan savana la.. afrika la dan sebagainya.. tyme tue kita cakap kesian la haiwan nie kena makan harimau.. kesian la mak haiwan nie mati tak cukup air.. kenapa la juru kamera tak tolong dan sebagainya.. bla.. bla.. bla.. hakikatnya.. juru kamera tue hanya pasang jew kamera dimana-mana spot yang mungkin jadi laluan utama haiwan.. then lepas sebul...

Pemyelesaian masalah MARAH...

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. marah.. suatu perasaan yang timbul disebabkan oleh tidak puas hati atau terlalu lama memendamkan sesuatu sehingga mewujudkan situasi yang agak buruk.. bagi aku perasaan marah nie KEPUASAN kerana kita boleh melepaskan perasaan ketidakpuasan hati kita pada keadaan tersebut.. tetapi dalam aspek yang lain.. perasaan marah nie aku rasa macam perkara  MEMALUKAN kerana kita menunjukkan kebodohan kita dan sikap buruk kita kepada orang lain.. dan situasi ini menunjukkan kita tidak profesional dalam menangani suatu situasi masalah.. kalau lihat dalam situasi nie.. jelas menunjukkan aku pentingkan personaliti..  mungkin betul kerana bagi aku personality adalah first impression orang pada kita.. baik buruk perangai kita.. bagi sesetangah orang akan kata ini hipokrit semuanya.. sebab tak tunjuk perasaan sebenarnya kita pada orang lain.. marah orang simpan.. contral-contral last2 kutuk di belakang.. tapi pernah tak kita berfikir.. kalau dua orang marah ...

Mimpi..

Image
AS S A L A MU A L IK UM .. aku mimpi aku dah kawen... gila situasi tue.. dengan pilihan keluarga aku.. tengah tunggu untuk majlis resepsi.. dan tengah pakai baju kawen.. warna peach.. kain kembang separuh ala saloma tue..dengan kerawang-kerawang tudung penuh di kepala dan tangan.. rasa kalau jalan pun kekok.. yea situasi perasaan tyme tue macam real gila.. tapi perasaan aku masa tue.. oh ini hanya lakukan sahaja.. lakonan.. lakonan.. dan aku tak dapat terima situasi tue.. (selalunya kalau mimpi.. aku akan rasa ini mimpi.. tapi tue rasa macam real tapi hati sedapkan.. perkahwinan tue satu lakonan)..  seriously.. perasaan pakai baju penganti tue rasa macam gorgeous sangat tapi agak semak sebenarnya.. peach dia macam patung tue.. dan baju ala-ala saloma macam yang ketiga tue.. dan crowded macam tengah tue.. tiba-tiba  dapat call dari mak tih aku lagi.. she said "macam mana ok," tanya berkaitan perasaan aku.. jawapan aku macam biasa la.. "ok jew" sambun...

Married..

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... Semalam.. baru balik dari field trip di cameron highland.. tiba-tiba sampai bilik nampak sesuatu atas meja.. wah surprise.. i got a present.. teehee~~ from my wedding's friend...  cute.. menarik sangat cenderahati dia.. semuanya purple.. nice.. banyak pula tue makanan.. my roomate bawa balik.. sebenarnya kenduri daripada salah seorang kawan dalam intake kami.. kakak sulung katakan.. dan seorang yang comel.. banyak peminat nie.. tapi disebabkan oleh aku ada field trip.. tak dapat join sekali pergi kenduri kawin dia.. sedih sangat.. tapi dapat tengok gambar pun dah cukup la.. then dia ada upload gambar di facebook.. untuk tatapan kitorang yang tak sempat pergi... TANIAH YAN... SELAMAT PENGANTIN BARU..   Moga berbahagia di samping suami tersayang and dapat babies comel- comel tau.. Dah selamat mereka diijab kabulkan.. dah berubah tangga dah kawan aku seorang.. yang lain-lain bila agi..  dan sekarang tunggu kawan-kawan course...

Anak Ramai..

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... Anak ramai.. menjadi permasalahan... bilik tak cukup..selalu menjadi masalah utama.. sebab rumah kecil jew.. anak-anak ramai.. tak manis anak dara tidur di ruang tamu.. tapi adik-adik yang lain nakkan bilik.. tak cukup katil.. tak cukup tempat.. terpaksa yang tua beralah.. akhirnya ruang tamu jadi tempat tidur....  masalah nie memang perkara biasa dalam keluarga.. aku pun pernah terjadi juga keadaan nie.. bila semua sibling balik ramai-ramai especially hari raya.. conform2 aku kena merempat ke bilik adik aku.. sebab bilik aku besar.. sesuai untuk yang dah berfamily tidur di bilik tue.. mangsanya aku and adik-adik la berhimpit tiga orang dalam satu bilik n satu katil.. kekadang rimas gak.. tapi nak buat macam mana.. terpaksa la juga.. bujang lagi kan.. kekadang ada gak rasa nak memberontok bila dalam situasi nie.. rasa macam ah.. dok kolej agi better dari bersesak dalam bilik tue.. tgk betapa tak bagusnya perangai... jangan ikut perangai nie.. o...

Kreatif!!

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... sila sebut  perkataan kreatif dengan hati yang taksub.. "KREATIF~~!!" sesungguhnya aku sangat-sangat taksub dengan manusia yang kreatif.. bagi aku diorang sangat awesome.. kenapa?? sebabnya otak diorang sentiasa berkembang... dapat memikirkan benda yang menarik dan cantik dari barang-barang seharian yang mungkin kita angap sebagai sampah yang bakal dibuang dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula atau longgokkan sampah... diorang sebenarnya telah mengurangkan sampah-sampah diatas bumi ini.. so mereka adalah seorang yang awesome.. penyelamat bumi yang hebat.. dan KREATIF... (sekali lagi dalam situasi taksub)... pernah tak kita terbayang bontot botol minuman tue boleh dijadikan hiasan secantik nie.. sedangkan kalau benda gantung-gantung ni kalau nak beli diluar sebagai hiasan bilik tidur atas pun ruangtamu paling murah pernah jumpa RM20 atau RM30 bergambarkan ladybird n pooh.. kalau yang skema and plain up lagi la dari harga tadi.....

Bajet Hidup..

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... Study belum habis lagi namun otak dah fikir alam pekerjaan dah.. nie semua disebabkan oleh pengaruh keadaan semasa yang selalu jew bertanyakan aku bila habis belajar..?? bila habis belajar.??. tak lama dah .. sebulan lagi.. nak keja apa?? nak buat apa..?? soalan-soalan itu menjadikan aku dan kepala aku merewang ke alam pekerjaan.. walaupun hakikatnya thesis aku pun belum siap lagi.. dan tak present pun lagi.. bila dah masuk alam pekerjaan.. jaminan hidup senang lenang dan kemewahan.. adalah sama sekali tidak seperti kehidupan kita dikolej.. saat nie banyak perkara perlu untuk kita pikirkan.. duit yang ada tidak sepenuhnya spent untuk perut dan pakaian tetapi untuk penginapan dan barang-barang semasa yang lain juga.. so benda nie semakin diambil kira oleh aku sekarang.. bila mula kerja.. kenderaan perlu ada kalau nak mudah.. kalau nak susah sikit tapi senang guna pengangkutan awam.. tapi jangan mimpi nak dapat free macam naik bas upm hari-hari pergi k...

Kacau bilau semuanya..

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... Dek kerana mulut dan perasaan tidak puas hati masing-masing.. kacau bilau aku rasa.. semak.. sana pong pang.. sini pong pang.. kita duduk tengah-tengah.. sakit otak.. sakit kepala.. then sekarang aku rasa nak buka facebook pun malas.. nak baca paper pun malas.. disebabkan oleh nasi tambah lebih banyak daripada apa yang nak makan.. muakkan jadinya.. so please la.. jangan la jadi manusia nasi tambah.. cakap dan keluar kata-kata yang tak rasional... dan yang lain pun nak nasihat please dengan cara yang berhemah.. kalau rasa nak maki hamun orang.. better tutup mulut n berzikir.. lebih baik... dari menyakitkan hati yang mendengar dan membaca.. now politik dah lepas.. so yang student please jangan sibuk-sibuk dah nak kacau hal negera lagi.. sila back to your study..diri sendiri pun tak lepas lagi sibuk nak jaga negara... biar yang lebih berhak menentukan negera.. dan diperingkat tinggi pun dah banyak penasihat terhormat yang mampu menasihat.. ada pebangkang....

Dekorasi.. Dinner.. Pertaulihan

Image
AS S A L A MU A L IK UM ... Dah selamat sampai di kolej pukul 12.00 malam tadi.. dalam hati sampai kolej semangat nak siapkan slide yang masih bersisa.. tapi bila balik.. buka facebook jap tengok apa cerita baru lepas mengundi.. buka blog jap tengok cerita-cerita yang lain.. tetiba rasa berminat pula nak update blog sendiri... Dalam blog sering aku cakap, aku sibuk.. aku sibuk sedangkan bukti tak ada pun kan.. so korang rasa korang percaya tak.. tapi hakikatnya.. kalau korang percaya atau tidak apa aku kisah kan.. hehhe.. kerana nie cerita aku.. haha.. tak ada la sampai nak maksud macam tue pun sebenarnya.. tapi sekadar nak kongsi dengan korang kerja-kerja palapes yang aku dah buat jew.. yang aku kata banyak sangat tue.. tapi tak semua program aku sempat tangkap.. ada setengahnya memang betul-betul sibuk sampai tak sempat nak tengok kamera.. ada setengahnya bagi wakil jew tangkapkan gambar.. tapi gambar tue tak juga sampai kat aku.. dan ada setengahnya aku tangkap sendiri.. ...

Chaiyuk FYP!!!

Image
  AS S A L A MU A L IK UM ... orang selalu kata kat aku.."tak ada kelas pun tak boleh siapkan FYP.." situasi diorang macam aku tak ada buat apa langsungkan kat cnie..fokus sepenuhnya kat fyp jew kan..aku rasa kalau betullah situasi aku macam tue.. tak de la aku nak membazirkan ptptn aku stay satu sem kat cnie untuk buat fyp jew... sedangkan aku boleh habiskan dua tahun setengah... (kelebihan kepada budak ex-diploma).. truely situation.. semester nie aku ada 13 kredit.. 3 kredit untuk pengurusan kawasan legeh.. 4 kredit projek akhir dan 6 kredit palapes.. ya PALAPES.. palapes la menyebabkan aku kena tunggu sini 3 tahun dan saja suka suka tinggal satu subjek pengurusan legeh untuk mengisi keboringan aku disini.. sebab aku percaya.. kalau aku handle projek dan palapes saja untuk semester nie aku takkan menjejak kaki ke fakulti.. dan conform kewujudan aku di upm nie orang tak tahu pun.. kecuali penghuni kolej.. kerana asyik memerap di bilik..  sekarang pun banyak info men...

Pekerjaan..

Image
  AS S A L A MU A L IK UM ... Baru lepas hari pekerja.. so hari nie aku nak bercerita mengenai pekerjaan pula... apa pendapat korang mengenai gambar tersebut.. setuju 100% kew?? kalau ikut pendapat aku.. aku setuju 90 %  dari gambar tersebut.. why?? kalau aku.. aku buat kesimpulan berdasarkan kehidupan disekeliling aku.. aku berada ditengah-tengah kehidupan manusia.. antara kaya dan miskin.. antara berpelajaran tinggi dan biasa-biasa sahaja.. dan aku rasa ramai yang ada dalam situasi aku.. antara dia jadi pemerhati atau tidak jew..  A+  aku refer kepada orang yang lebih pandai.. kejayaan yang lebih menjerumus kepada doktor, engineer, professor dan scientist.. prof dan scientist.. aku tak nampak macam diorang nie terlebih pandai kerana pada pendapat aku diorang adalah manusia yang sangat taksub dengan minat yang ada, menjadikan mereka sanggup mengunakan sepenuh masa mereka dengan kajian sehinggakan mengabai perkara lain di sekelil...